Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460112
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAliza Alias, Dr.
dc.contributor.authorNur Azira Hamzah (P79110)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:39:03Z-
dc.date.available2023-09-13T09:39:03Z-
dc.date.issued2021-07-23
dc.identifier.otherukmvital:123132
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460112-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan dengan sikap guru prasekolah swasta terhadap kanak-kanak Autisme. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan mudah (convenient sampling) yang melibatkan 172 orang guru prasekolah swasta yang hadir dalam program Seminar “Smart Motivational Teachers” di peringkat Negeri Selangor. Kaedah persampelan mudah atau persampelan secara kebarangkalian digunakan kerana sampel mudah untuk ditemui dan diakses. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dan dapatan kajian pula telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti 97 orang (56.4%) guru prasekolah swasta mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang ciri-ciri Autisme secara umum, namun keseluruhan mereka iaitu seramai 152 orang (82.6%) menunjukkan sikap yang neutral dalam mengendalikan kanak-kanak Autisme. Manakala ujian korelasi Pearson pula menunjukkan tidak terdapat hubungan antara tahap pengetahuan dengan sikap guru prasekolah swasta terhadap kanak-kanak Autisme. Seterusnya, berdasarkan analisis ujian-t pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara guru prasekolah swasta yang mempunyai pengalaman dengan guru prasekolah swasta yang tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kanak-kanak Autisme. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru prasekolah swasta yang mempunyai pengalaman berbanding guru prasekolah swasta yang tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kanak-kanak Autisme. Guru prasekolah swasta yang mempunyai pengalaman menunjukkan sikap yang positif terhadap kanak-kanak Autisme. Secara keseluruhannya, pengetahuan dan sikap guru amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak Autisme.Justeru, guru prasekolah swasta perlu diberi pendedahan tentang ciri-ciri, kaedah pengajaran dan pembelajaran kanak- kanak bekeperluan khas supaya kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang terbaik.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran
dc.subjectPrasekolah swasta
dc.subjectKanak-kanak autisme
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan antara pengetahuan dengan sikap guru prasekolah swasta terhadap kanak-kanak autisme
dc.typetheses
dc.format.pages124
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123132+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.