Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460106
Title: | Kesediaan dan keprihatinan guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) |
Authors: | Salwa Awang @ Mohd Ramli (P66504) |
Supervisor: | Mohd Isa bin Hamzah, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Educational evaluation Academic achievement |
Issue Date: | 20-Jun-2016 |
Description: | Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini kerana tindak balas mereka akan mempengaruhi keputusan yang dihasilkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan dan keprihatinan guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Dua elemen kesediaan yang diuji ialah pengetahuan dan kemahiran sementara tiga aspek keprihatinan yang diuji ialah diri, tugas dan impak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai instrumen utama melibatkan seramai 136 guru-guru Pendidikan Islam dari 23 buah sekolah menengah Daerah Hulu Langat sebagai responden kajian menggunakan teknik persampelan secara rawak. Kajian ini turut menggunakan temu bual bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Data soal selidik yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif menggunakan program SPSS (PASW) Windows versi 21. Data temu bual dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti 7.1.4. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan keprihatinan guru Pendidikan Islam adalah sederhana tinggi. Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan kesediaan dan keprihatinan guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan kesediaan dan keprihatinan Guru Pendidikan Islam sama ada mengikut pengalaman mengajar, bilangan kursus dihadiri oleh guru dan juga berdasarkan lokasi sekolah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa halangan yang mengganggu kelancaran pelaksanaan sistem pentaksiran ini di sekolah. Antaranya ialah kekangan masa, pertambahan tugas guru dan bilangan pelajar yang ramai,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 162 |
Call Number: | LB1062.6.S235 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121730+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.