Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460096
Title: Analisis tahap ciri bangsa Malaysia dalam kalangan atlet Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Ahmad Shukri Ibnu (P66286)
Supervisor: Mohd Taib bin Harun, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Ethnicity -- Malaysia
Nationalism -- Malaysia
Malaysia -- Ethnic relations
Issue Date: 13-May-2016
Description: Kokurikulum memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang memiliki ciri Bangsa Malaysia. Ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membina Negara Bangsa. Matlamat untuk membina Negara Bangsa melalui pendidikan menjadi konstruk dalam penyelidikan ini iaitu melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu-padu. Melalui aktiviti kokurikulum dan sukan di IPTA pembinaan jati diri dapat dipupuk seterusnya akan menghasilkan Negara Bangsa yang kukuh dan maju. Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia di kalangan atlet di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian tinjauan dijalankan untuk menentukan tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia dan mengenal pasti perbezaan tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia berdasarkan jantina , kaum dan jenis penglibatan kokurikulum. Seramai 162 orang pelajar yang terlibat dalam sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia dilibatkan dalam kajian. Data kajian dikumpulan dengan menggunakan soal selidik. Kajian rintis telahpun dijalankan dengan menguji setiap konstruk yang dikaji dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.962. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 19.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia dalam kalangan atlet berada pada tahap tinggi. Seterusnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia berdasarkan jantina dan kaum. Implikasi kajian menjadi maklumat pelbagai pihak bagi menyusun agenda untuk membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dari segi jantina , kaum dan jenis penglibatan kokurikulum.,Tesis ini tiada “Perakuan tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana (Pendidikan)
Pages: 136
Call Number: GN495.6.A375 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121435+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.