Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460096
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Taib bin Harun, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAhmad Shukri Ibnu (P66286)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:38:40Z-
dc.date.available2023-09-13T09:38:40Z-
dc.date.issued2016-05-13
dc.identifier.otherukmvital:121435
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460096-
dc.descriptionKokurikulum memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang memiliki ciri Bangsa Malaysia. Ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membina Negara Bangsa. Matlamat untuk membina Negara Bangsa melalui pendidikan menjadi konstruk dalam penyelidikan ini iaitu melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu-padu. Melalui aktiviti kokurikulum dan sukan di IPTA pembinaan jati diri dapat dipupuk seterusnya akan menghasilkan Negara Bangsa yang kukuh dan maju. Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia di kalangan atlet di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian tinjauan dijalankan untuk menentukan tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia dan mengenal pasti perbezaan tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia berdasarkan jantina , kaum dan jenis penglibatan kokurikulum. Seramai 162 orang pelajar yang terlibat dalam sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia dilibatkan dalam kajian. Data kajian dikumpulan dengan menggunakan soal selidik. Kajian rintis telahpun dijalankan dengan menguji setiap konstruk yang dikaji dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.962. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 19.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia dalam kalangan atlet berada pada tahap tinggi. Seterusnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan ciri Bangsa Malaysia berdasarkan jantina dan kaum. Implikasi kajian menjadi maklumat pelbagai pihak bagi menyusun agenda untuk membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dari segi jantina , kaum dan jenis penglibatan kokurikulum.,Tesis ini tiada “Perakuan tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana (Pendidikan)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectEthnicity -- Malaysia
dc.subjectNationalism -- Malaysia
dc.subjectMalaysia -- Ethnic relations
dc.titleAnalisis tahap ciri bangsa Malaysia dalam kalangan atlet Universiti Kebangsaan Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages136
dc.identifier.callnoGN495.6.A375 2016 tesis
dc.identifier.barcode003019 (2016)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121435+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.