Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460047
Title: Hubungan aktiviti kokurikulum unit berunifom dengan pembentukan daya kepimpinan pelajar
Authors: Rosmadi Dollah (P48751)
Supervisor: Mohd Taib, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Student affairs services
Holistic education
Leadership -- Study and teaching
Student activities
Issue Date: 30-Aug-2012
Description: Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan di antara aktiviti kokurikulum Unit Berunifom dengan pembentukan daya kepimpinan pelajar di lima buah sekolah menengah daerah Besut, Terengganu. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti adakah terdapat hubungan di antara aktiviti kokurikulum Unit Berunifom dengan pembentukan lima dimensi daya kepimpinan iaitu dimensi karismatik, dimensi keyakinan diri, dimensi kemampuan menyelesaikan masalah, dimensi sifat kejujuran, dan dimensi kepuasan dalam menjalankan tugas. Kajian juga dilakukan untuk melihat adakah terdapat perbezaan pembentukan lima dimensi daya kepimpinan pelajar iaitu dimensi karismatik, dimensi keyakinan diri, dimensi kemampuan menyelesaikan masalah, dimensi sifat kejujuran, dan dimensi kepuasan dalam menjalankan tugas dengan jantina dan jenis sekolah. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik berstruktur dan sampel kajian terdiri daripada 252 orang pelajar tingkatan empat. Analisis Pekali Korelasi Pearson ( r ), Ujian t dan Analisis Deskriptif digunakan untuk menguji hipotesis. Keputusan analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan di antara aktiviti kokurikulum Unit Berunifom dengan pembentukan daya kepimpinan pelajar dimensi karismatik (r=.281,p<0.05), dimensi keyakinan diri(r=.417,p<0.05), dimensi kemampuan menyelesaikan masalah (r=.260,p<0.05), dimensi sifat kejujuran (r=.155,p<0.05) dan dimensi kepuasan dalam menjalankan tugas (r=.242, p<0.05). Bagi Ujian t pula, keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan pembentukan lima dimensi daya kepimpinan dengan jantina dan jenis sekolah. Pada bahagian akhir, dicatatkan cadangan-cadangan sebagai bahan rujukan bagi meningkatkan lagi kualiti perjalanan aktiviti kokurikulum di sekolah.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 91
Call Number: LB3605.R647 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120753+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.