Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460037
Title: Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Matematik sekolah rendah terhadap pendekatan peta pemikiran i-THINK
Authors: Rosmaliza Mat Ariffin (P74437)
Supervisor: Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr
Keywords: Sikap guru
Matematik
i-THINK
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Apr-2019
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Matematik terhadap pendekatan peta pemikiran i-THINK dalam pengajaran mereka, serta untuk menentukan perbezaan antara pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap berdasarkan pengalaman mengajar guru dengan menggunakan pendekatan ini. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak mudah dengan menggunakan satu set soal selidik yang terdiri dari tiga konstruk utama iaitu pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru. Seramai 120 orang guru Matematik terlibat yang di pilih sebagai responden kajian dari sebanyak 48 buah sekolah yang pilih dari tiga kategori iaitu bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Segala maklumat yang diperoleh diproses dan dianalisis menggunakan applikasi perisian Statistical Package Social Science (SPSS) 23.00. Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferens. Hasil data yang dianalisis menunjukkan konstruk pengetahuan pada tahap sederhana manakala kemahiran pelaksanaan dan sikap berada pada tahap tinggi. Melalui uijan ANOVA sehala, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga konstruk dalam pendekatan peta pemikiran i-THINK berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan menunjukkan bahawa guru berpengalaman lebih mendominasi menggunakan pendekatan peta pemikiran dalam aspek pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap terhadap penggunaannya. Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi akan memudahkan lagi seseorang guru menerima dan melaksanakan pengajaran mereka dengan lebih berkesan. Adalah diharapkan dengan pendedahan lebih meluas dan berterusan, guru akan mampu menguasai pengetahuan, kemahiran dan seterusnya dapat melaksanakan tugas mengajar dengan lebih baik.,Sarjana Pendidikan
Pages: 99
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120020+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.