Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459997
Title: | Peningkatan pencapaian prinsip perakaunan melalui kaedah pembelajaran koperatif pelajar tingkatan lima |
Authors: | Noor Shakira Masarudin (P 63805) |
Supervisor: | Halimah Harun |
Keywords: | Accounting -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Mar-2017 |
Description: | Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di sebuah sekolah menengah daerah Hulu Langat, Selangor dengan menggunakan struktur Team-Accelerated Instruction (TAI). Struktur ini sesuai digunakan dalam pengajaran Prinsip Perakaunan kerana ia melibatkan unsur pengiraan. Kaedah kajian yang dipilih dalam penyelidikan ini berbentuk kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian tindakan ini melibatkan 33 orang pelajar tingkatan 5 dengan kerjasama seorang guru perakaunan di sekolah berkenaan. Hasil daripada kajian tindakan ini menunjukkan terdapat perubahan positif dari segi sikap pelajar, interaksi dalam kumpulan, kemahiran komunikasi dan kemahiran koperatif pelajar setelah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Keputusan berkaitan kemampuan guru memotivasi pelajar menunjukkan wujud hubungan yang positif antara guru dan pelajar untuk berkomunikasi dan berkoperatif semasa aktiviti di jalankan di dalam bilik darjah. Bagi kemampuan guru menstruktur dan menilai proses pembelajaran koperatif pula dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam Prinsip Perakaunan melalui interaksi yang wujud antara guru dan pelajar. Antara implikasi kajian tindakan ini ialah guru perlu membuat perubahan dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif seperti penggunaan kaedah pembelajaran koperatif. Dengan ini, pelajar dapat meningkatkan pencapaian dalam Prinsip Perakaunan selain memupuk nilai-nilai sosial dalam diri mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 177 |
Call Number: | HF5630.N644 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117199+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 893.33 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.