Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459985
Title: Amalan penggunaan buku teks dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masalah pendengaran
Authors: Fatimatulzahrah Othman (P73665)
Supervisor: Aliza Alias, Dr.
Keywords: Hearing impaired children -- Education
Deaf children -- Education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Mar-2019
Description: Kajian kes ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan guru dalam penggunaan buku teks Bahasa Inggeris Tahun 2 Masalah Pendengaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masalah pendengaran. Kajian ini melibatkan seorang guru Bahasa Inggeris dan enam orang murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas yang dipilih sebagai peserta kajian secara bertujuan. Data kajian diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Instrumen kajian adalah borang catatan lapangan dan protokol temu bual untuk mengumpul data berkaitan penggunaan buku teks semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data pemerhatian dianalisis dengan menulis semula ke dalam bentuk catatan pemerhatian lengkap dan proses kodifikasi dan kategorikal dilaksanakan. Data temu bual pula dianalisis dengan mentranskripsikan ke dalam bentuk verbatim. Seterusnya, kaedah perbandingan berterusan dengan bantuan jadual matriks dilaksanakan untuk mendapatkan tema-tema yang berkaitan dengan persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan buku teks oleh guru semasa merancang PdP melibatkan amalan merancang pengajaran harian, penilaian murid dan aktiviti luar kelas. Guru juga melakukan pembacaan awal dan menggunakan buku teks untuk membina bahan bantu mengajar. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pula, guru bertindak mengubahsuai dan memecahkan isi kandungan dan aktiviti pengajaran untuk menyesuaikan tahap kemahiran murid. Penilaian terhadap murid pula melibatkan dua aktiviti penilaian iaitu penilaian semasa dan selepas proses pengajaran. Sebagai kesimpulan, amalan penggunaan buku teks oleh guru dalam proses PdP murid masalah pendengaran melibatkan aspek perancangan PdP, pelaksanaan PdP dan penilaian murid dalam PdP. Kajian ini memberi implikasi bahawa kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran yang diamalkan guru menjadikan penggunaan buku teks dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Selain itu, pembinaan buku teks perlu ditambah baik dari segi isi kandungan dan aktiviti untuk disesuaikan dengan keperluan murid masalah pendengaran.,Sarjana Pendidikan
Pages: 134
Call Number: HV2430.F338 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117013+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.