Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459978
Title: | Tahap pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan dalam mempengaruhi sikap guru Bahasa Melayu tentang kaedah pembelajaran berasaskan masalah |
Authors: | Adibah Arshad (P79007) |
Supervisor: | Zamri Mahamod, Prof. Dr. |
Keywords: | Problem solving -- Study and teaching Malay literature -- Study and teaching Teachers -- Training of -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Mar-2019 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Bahasa Melayu tentang kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan kekerapan melaksanakan kaedah PBM dalam PdPc Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sumbangan antara pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru terhadap kaedah PBM. Model Proses Pendidikan Bryant (1974) digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Model Proses Pendidikan Bryant (1974) menekankan kepada tiga faktor utama yang menentukan keberkesanan pelaksanaan dalam amalan pendidikan. Tiga faktor tersebut ialah input (pengetahuan), gerak kerja dalam pengajaran (kemahiran pelaksanaan) dan sikap (sikap guru). Seramai 190 orang guru Bahasa Melayu di sekolah menengah daerah Gombak dipilih sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data berdasarkan skala Likert 1 hingga 5 yang diadaptasi daripada kajian Jamilah Hassan (2016). Data dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif meliputi analisis frekuensi, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan deskriptif ialah pengetahuan min 2.63, kemahiran pelaksanaan min 3.18 dan sikap min 3.63. Analisis inferensi pula melibatkan Kruskal Walis, ujian t-tidak bersandar dan Korelasi Pearson. Hasil dapatan analisis Kruskal Walis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan, tahap kemahiran pelaksanaan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu tentang kaedah PBM berdasarkan pengalaman mengajar. Keputusan ujian t-tidak bersandar pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan, tahap kemahiran pelaksanaan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu tentang kaedah PBM berdasarkan jantina dan kekerapan melaksanakan kaedah PBM dalam PdPc Bahasa Melayu. Seterusnya, hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan, tahap kemahiran pelaksanaan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu tentang kaedah PBM. Kajian ini memberi implikasi dalam kalangan guru Bahasa Melayu perlu pendedahan yang lebih meluas terhadap pengetahuan kaedah PBM yang terkini seiring dengan keperluan pembelajaran pelajar. Kursus-kursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak berkenaan diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan guru terhadap kaedah pembelajaran berasaskan masalah.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 92 |
Call Number: | LB1590.3A335 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116897+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.