Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459977
Title: | Tahap aktiviti fizikal dan risiko jatuh dalam kalangan wanita tua |
Authors: | Nurhaniza Nordin (P 68870) |
Supervisor: | Denise Koh Choon Lian, Dr. |
Keywords: | Falls (Accidents) in old age Accident Prevention Accidental Falls Aged Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 24-May-2019 |
Description: | Insiden jatuh meningkat seiring dengan usia. Bagi wanita tua, insiden jatuh menyebabkan kesan yang signifikan kepada morbiditi dan mortaliti mereka. Penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan wanita tua juga perlu diambil kira di mana aktiviti fizikal telah dikenal pasti sebagai faktor gaya hidup yang boleh mempengaruhi risiko terjatuh dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan aktiviti fizikal dan risiko jatuh dalam kalangan wanita. Seramai 40 orang wanita yang berumur antara 65 tahun hingga 85 tahun telah dijadikan responden utama dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan dua instrumen yang telah diterjemah dan diadaptasikan bagi mengukur konstruk-konstruk kajian iaitu soal selidik Physical Activity Scale for Elderly (PASE) dan ujian fisiologi Timed up and Go (TUG). Analisis deskriptif mendapati bahawa nilai min bagi tahap aktiviti fizikal ialah min 107.30 (SD 63.98) manakala risiko jatuh ialah min = 22.95 (SD 14.53). Faktor demografi seperti umur dan sejarah jatuh dalam kalangan responden juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap aktiviti fizikal dan risiko jatuh. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan (OR = -0.039; 95% IK = 0.930 – 0.994, p = 0.021) antara tahap aktiviti fizikal dan risiko jatuh. Dapat dirumuskan, kadar risiko jatuh akan meningkat jika tidak diseimbangi dengan penglibatan aktiviti fizikal yang aktif. Oleh itu, dapatan kajian ini bermanfaat bagi pakar geriatrik memahami konsep aktiviti fizikal dan merancang program intervensi yang bersesuaian dan berkesan bagi membantu mengurangkan risiko jatuh dalam kalangan wanita tua.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 135 |
Call Number: | RC952.5.N837 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116896+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.