Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459977
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDenise Koh Choon Lian, Dr.
dc.contributor.authorNurhaniza Nordin (P 68870)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:36:02Z-
dc.date.available2023-09-13T09:36:02Z-
dc.date.issued2019-05-24
dc.identifier.otherukmvital:116896
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459977-
dc.descriptionInsiden jatuh meningkat seiring dengan usia. Bagi wanita tua, insiden jatuh menyebabkan kesan yang signifikan kepada morbiditi dan mortaliti mereka. Penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan wanita tua juga perlu diambil kira di mana aktiviti fizikal telah dikenal pasti sebagai faktor gaya hidup yang boleh mempengaruhi risiko terjatuh dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan aktiviti fizikal dan risiko jatuh dalam kalangan wanita. Seramai 40 orang wanita yang berumur antara 65 tahun hingga 85 tahun telah dijadikan responden utama dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan dua instrumen yang telah diterjemah dan diadaptasikan bagi mengukur konstruk-konstruk kajian iaitu soal selidik Physical Activity Scale for Elderly (PASE) dan ujian fisiologi Timed up and Go (TUG). Analisis deskriptif mendapati bahawa nilai min bagi tahap aktiviti fizikal ialah min 107.30 (SD 63.98) manakala risiko jatuh ialah min = 22.95 (SD 14.53). Faktor demografi seperti umur dan sejarah jatuh dalam kalangan responden juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap aktiviti fizikal dan risiko jatuh. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan (OR = -0.039; 95% IK = 0.930 – 0.994, p = 0.021) antara tahap aktiviti fizikal dan risiko jatuh. Dapat dirumuskan, kadar risiko jatuh akan meningkat jika tidak diseimbangi dengan penglibatan aktiviti fizikal yang aktif. Oleh itu, dapatan kajian ini bermanfaat bagi pakar geriatrik memahami konsep aktiviti fizikal dan merancang program intervensi yang bersesuaian dan berkesan bagi membantu mengurangkan risiko jatuh dalam kalangan wanita tua.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectFalls (Accidents) in old age
dc.subjectAccident Prevention
dc.subjectAccidental Falls
dc.subjectAged
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTahap aktiviti fizikal dan risiko jatuh dalam kalangan wanita tua
dc.typetheses
dc.format.pages135
dc.identifier.callnoRC952.5.N837 2019 tesis
dc.identifier.barcode004406(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116896+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.