Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459974
Title: | Pengajaran matematik awal dalam kalangan empat orang guru prasekolah bagi murid autisme |
Authors: | Roma Doni Azmi (P89393) |
Supervisor: | Roslinda Rosli, Dr. |
Keywords: | Teaching -- Aids and devices Early childhood education Autism Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Aug-2019 |
Description: | Pengajaran matematik bagi murid berkeperluan khas adalah mencabar kerana perbezaan keupayaan kognitif dan tingkah laku fizikal murid. Tujuan penyelidikan adalah untuk meneroka pengajaran matematik guru bagi murid prasekolah autisme. Pengumpulan data dilaksanakan melalui borang pemerhatian berstruktur dan protokol temu bual semi-struktur di dua sekolah dan dua pusat pendidikan prasekolah khas yang terpilih. Pemerhatian melibatkan 15 kelas pemerhatian dan empat orang guru secara sukarela telah di temu bual. Data yang di perolehi daripada pemerhatian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan transkrip temu bual dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pengajaran matematik yang dilaksanakan oleh guru autisme prasekolah. Selain itu, guru juga mempunyai pandangan yang positif serta pemikiran yang baik mengenai murid, namun pandangan mengenai persediaan mengajar adalah pelbagai. Majoriti guru belum pernah menghadiri kursus atau bengkel yang berfokus kepada isi kandungan matematik prasekolah. Perkara ini secara tidak langsung mempengaruhi pengajaran matematik di dalam kelas. Perbezaan kemudahan fasiliti di sekolah dan pusat pengajaran juga memberi kesan ke atas pengajaran matematik guru. Implikasi kajian menunjukkan aspek pengetahuan matematik guru serta amalan pengajaran guru mesti ditingkatkan. Selain itu, kurikulum pendidikan guru prasekolah diharapkan dapat dikembangkan lagi terutama untuk kursus yang berkenaan dengan isi kandungan matematik awal beserta pengajarannya.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 121 |
Call Number: | QA135.5.R636 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116893+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 855.91 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.