Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459968
Title: Kesediaan guru program pendidikan khas menengah terhadap penawaran Sijil Kemahiran Malaysia
Authors: Suhaina Suriman (P88326)
Supervisor: Mohd Mokhtar Tahar, Dr.
Keywords: Vocational education -- Malaysia
Technical education -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2019
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Khas menengah terhadap penawaran Sijil Kemahiran Malaysia dalam KSSMPK. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian tinjauan dan menggunakan satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga konstruk utama iaitu pengetahuan (11 item), kemahiran (16 item) dan sikap guru (17 item). Seramai 146 orang guru Pendidikan Khas yang bertugas di tiga buah daerah dalam negeri Selangor iaitu daerah Petaling Perdana, Petaling Utama dan daerah Sepang telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Melalui analisis deskriptif, ia melibatkan frekuensi, min serta sisihan piawai. Manakala bagi analisis inferensi pula diterjemahkan melalui ujian MANOVA. Hasil data yang dianalisis menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap sederhana tinggi manakala tahap sikap guru berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berada pada tahap sederhana tinggi. Melalui ujian MANOVA yang dijalankan, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga konstruk berdasarkan umur. Ujian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga konstruk berdasarkan pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun, analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga konstruk berdasarkan pendedahan yang diterima berkaitan Sijil Kemahiran Malaysia. Kesimpulannya, umur dan pengalaman mengajar bukanlah faktor utama sebagai jaminan bagi meningkatkan kesediaan guru dalam penawaran ini. Sebaliknya para guru perlu diberi pendedahan secara meluas serta diberikan pengiktirafan SKM sebelum dilaksanakan dalam pengajaran mereka. Adalah diharapkan agar mereka mendapat pendedahan yang lebih meluas dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam penawaran SKM kepada murid bekeperluan khas masalah pembelajaran.,Sarjana Pendidikan
Pages: 159
Call Number: LC1047.M25S854 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116887+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.