Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459934
Title: Amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan
Authors: Zaliza Md Yasin (P88452)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: School principals
Teacher-principal relationships
School supervision
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Mar-2019
Description: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian ini turut mengenal pasti perbezaan amalan kepimpinan instruksional pengetua dan komitmen guru berdasarkan faktor demografi guru (umur, kelayakan akademik, tempoh perkhidmatan). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini meliputi semua guru yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan harian dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan. Seramai 335 orang guru telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Analisis deskriptif, ujian MANOVA dan Korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua menurut persepsi guru secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi (min= 4.16, sp= 0.49) dan tahap komitmen dalam kalangan guru di sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan berada pada tahap sederhana (min= 3.92, sp= 0.54). Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan instruksional pengetua menurut persepsi guru berdasarkan umur. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan instruksional pengetua menurut persepsi guru berdasarkan kelayakan akademik dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan instruksional pengetua menurut persepsi guru berdasarkan tempoh perkhidmatan. Selain itu, terdapat hubungan positif yang sederhana kuat antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen guru. Implikasi kajian ini, pihak KPM perlu mengambil inisiatif supaya memperhalusi semula dasar pengambilan pengetua sekolah-sekolah di Malaysia, pihak IAB perlu menjalinkan kerjasama yang erat dengan universiti tempatan mahu pun luar negara bagi meningkatkan kualiti bakal pengetua dan pengetua perlu mewujudkan budaya kerja yang lebih baik dengan memastikan guru-guru selesa dalam menjalankan tugas agar guru-guru dapat meningkatkan komitmen mereka terhadap sekolah. Hasil dapatan kajian ini mengesahkan bahawa amalan kepimpinan instruksional pengetua mampu mempengaruhi kepada peningkatan komitmen guru. Kesimpulannya, kepimpinan instruksional pengetua yang diamalkan oleh pengetua dapat meningkatkan komitmen guru serta dapat membantu keberkesanan organisasi sekolah.,Sarjana Pendidikan
Pages: 188
Call Number: LB2831.966.M4Z335 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109498+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.