Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459908
Title: | Elemen amalan pengurusan strategik dan faktor mempengaruhi kepimpinan pusat pendidikan Islam kanak-kanak berkeperluan khas |
Authors: | Nadia Natrah Nor Hamdan (P73728) |
Supervisor: | Rosadah Abdul Majid, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Management -- Religious aspects -- Islam Islam -- Study and teaching -- Malaysia Islamic education -- Malaysia Islamic ethics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 28-Sep-2018 |
Description: | Aspek kerohanian merupakan salah satu aspek terpenting dalam perkembangan individu seseorang terutamanya kanak-kanak. Oleh yang demikian, pendidikan Islam merupakan satu kewajipan terhadap setiap kanak-kanak yang beragama Islam termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. Namun, masih terdapat pemikiran segelintir masyarakat bahawa tidak jatuh taklif bagi golongan tersebut dalam mempelajari Islam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen amalan pengurusan strategik dan faktor mempengaruhi amalan kepemimpinan pusat pendidikan Islam kanak-kanak berkeperluan khas yang merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan, dan penilaian. Kajian ini merupakan satu kajian kes pelbagai lokasi yang melibatkan dua pusat pendidikan Islam di daerah Nilai, Negeri Sembilan dan Gombak, Selangor. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan temubual separa berstruktur, pemerhatian, dan analisis dokumen untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sembilan elemen amalan pengurusan strategik pusat pendidikan Islam kanak-kanak berkeperluan khas termasuk penetapan visi dan misi, pengurusan dan kepimpinan organisasi, pengambilan tenaga pengajar yang terlatih, mendapatkan khidmat sokongan dan bantuan pembiayaan, pengurusan kurikulum, pengurusan sumber, jalinan kerjasama, peningkatan mutu dan prestasi, dan mengharmonikan hubungan manusia. Kajian ini juga mendapati empat faktor yang mempengaruhi kepimpinan di dalam kedua-dua Pusat Pendidikan Islam Kanak-Kanak Berkeperluan Khas iaitu 1) pengalaman kepimpinan, 2) pengurusan dan pentadbiran 3) kursus dan latihan, serta 4) minat dan ilmu pengetahuan. Kajian mencadangkan supaya struktur garis panduan Penubuhan Pusat Pendidikan Islam Kanak-Kanak Berkeperluan Khas diguna pakai bagi menubuhkan lebih banyak pusat Pendidikan Islam kanak-kanak berkeperluan khas pada masa akan datang di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 206 |
Call Number: | BP190.5.M26N335 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108419+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.