Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459898
Title: | Pengetahuan kandungan sejarah, pedagogi, penghayatan nilai dan aplikasi pengajaran Sejarah berkesan |
Authors: | Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi (P79251) |
Supervisor: | Abdul Razak Ahmad, Prof. Dato’ Dr. |
Keywords: | History -- Study and teaching (Secondary) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Jul-2017 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan guru-guru Sejarah dari aspek pengetahuan kandungan Sejarah, pedagogi dan penghayatan nilai sejarah terhadap aplikasi pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang berkesan. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 200 orang guru yang dipilih secara rawak mudah daripada 30 buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha, menunjukkan keseluruhan item dalam konstruk berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu di antara 0.78 hingga 0.84 dan ianya boleh diguna pakai di dalam kajian sebenar. Hasil kajian menunjukkan tahap keseluruhan perspektif guru Sejarah terhadap pengetahuan kandungan Sejarah, pedagogi dan penghayatan nilai sejarah berada di tahap sederhana tinggi begitu juga dengan tahap aplikasi guru-guru Sejarah terhadap aspek-aspek tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Manakala, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan pedagogi berksesan Sejarah berdasarkan jantina. Begitu juga terdapat perbezaan pengetahuan pedagogi berkesan Sejarah berdasarkan pengalaman mengajar guru. Analisis kolerasi juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara aspek pengetahuan kandungan Sejarah, pedagogi dan penghayatan nilai sejarah dengan aplikasi pengajaran dan pembelajaran Sejarah di bilik darjah, Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru-guru Sejarah perlu menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran Sejarah dalam menjadi seorang guru Sejarah yang kreatif dan efektif.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 146 |
Call Number: | D16.2.W343 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108170+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.