Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459892
Title: Penerapan elemen keusahawanan di kalangan guru sekolah rendah
Authors: Siti Rohayu Mohamad (P66520)
Supervisor: Halimah Harun
Keywords: Pengajaran
Keusahawanan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Oct-2017
Description: Kajian yang dijalankan ini adalah dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dalam penerapan elemen keusahawanan, meneroka pengurusan bilik darjah oleh guru semasa penerapan elemen keusahawanan dan meneroka penglibatan murid dalam aktiviti PdPc yang dijalankan oleh guru semasa menerapkan elemen keusahawanan. Seramai 4 orang guru daripada 2 buah sekolah di Daerah Jeli dijadikan sampel bertujuan bagi kajian ini. Data dikumpul menggunakan rakaman video PdPc guru, temu bual bersama guru dan pemerhatian terhadap PdPc yang dijalankan. Bagi mendapatkan data, setiap guru di rakam dengan 5 buah video PdPc yang lengkap dan seterusnya ditemu bual. Penganalisisan data dilakukan semasa pengumpulan data dan juga selepas pengumpulan data. Strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan murid dijadikan sebagai tema. Dapatan kajian menunjukkan guru berjaya mengaplikasikan strategi pengajaran yang baik semasa penerapan elemen keusahawanan dalam PdPc. Begitu juga, guru berjaya mewujudkan suasana yang kondusif dalam pengurusan bilik darjah dengan mewujudkan rutin harian bagi murid dan berjaya mewujudkan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam PdPc. Walau bagaimanapun, hasil dapatan menunjukkan masih perlu kepada penambahbaikan dalam strategi pengajaran guru, pengurusan bilik darjah dan penglibatan murid dalam aktiviti PdPc berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan. Selain daripada itu juga, dapatan kajian ini memberi kesan yang penting kepada proses penerapan elemen keusahawanan di kalangan guru sekolah rendah di samping membantu merealisasikan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).,Sarjana Pendidikan
Pages: 169
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107600+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.