Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459870
Title: | Meta analisis kesan penggunaan kalkulator grafik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik |
Authors: | Nur E'zzatul Hamizah Mukhtar (P79035) |
Supervisor: | Roslinda Rosli, Dr. |
Keywords: | Graphic calculators |
Issue Date: | 27-Jun-2016 |
Description: | Kesan dari kemajuan teknologi yang pesat dalam pendidikan masa kini, kalkulator grafik telah menjadi salah satu pilihan guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Tujuan kajian ini adalah untuk mensintesis dapatan kajian keberkesanan kalkulator grafik dan meninjau faktor yang mempengaruhi penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Kriteria pemilihan literatur adalah: penerbitan di antara tahun 1995 hingga 2015, penggunaan kalkulator grafik sebagai kaedah intervensi, rekabentuk kajian eksperimen, dan mempunyai data untuk pengiraan saiz kesan. Dapatan kajian menunjukkan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dengan penggunaan kalkulator grafik mempunyai kesan positif dan statistik signifikan iaitu mempunyai perubahan yang ketara di kebanyakkan keputusan iaitu melalui hasil pembelajaran berasaskan-pencapaiaan, berasaskan-kesedaran metakognitif, berasaskan-permahaman dan berasaskan-sikap. Perbandingan diantara keputusan menunjukkan hasil pembelajaran berasaskan-pencapaian, berasaskan-pemahaman dan berasaskan-sikap mempunyai kesan yang besar. Ini kerana nilai saiz kesan yang diperolehi berada pada julat 0.80 dan ke atas (≥ 0.80). Bagi hasil pembelajaran berasaskan kesedaran meta-kognitif, keputusan menunjukkan ia mempunyai kesan yang sederhana di mana nilai saiz kesan berada pada julat 0.50 sehingga 0.79. Bagi hasil pembelajaran berasaskan-keupayaan mental pula, ia membawa kepada kesan yang kecil di mana nilai saiz kesan berada pada julat 0.49 dan ke bawah (≤ 0.49). Implikasi kajian juga dibincangkan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 208 |
Call Number: | QA276.N834 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100683+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 401.62 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.