Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459848
Title: Penguasaan murid LINUS dalam operasi aritmetik nombor bulat di Daerah Hulu Langat
Authors: Erina Jamaludin (P66314)
Supervisor: Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr.
Keywords: Aritmetik
LINUS
Penguasaan
Nombor bulat
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 15-May-2017
Description: Salah satu faktor kelemahan murid dalam matematik adalah disebabkan tidak menguasai kemahiran operasi aritmetik dengan baik. Penguasaan rendah terhadap kemahiran operasi aritmetik memberi impak berterusan sekiranya tiada tindakan susulan yang diambil. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan operasi aritmetik nombor bulat murid LINUS iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kajian turut dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan penguasaan berdasarkan jantina bagi setiap operasi tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel dipilih secara rawak mudah yang melibatkan 248 murid LINUS tahun 3 dari 73 buah sekolah di Daerah Hulu Langat. Instrumen berbentuk ujian penguasaan operasi aritmetik nombor bulat digunakan bagi melihat tahap penguasaan bagi operasi aritmetik tersebut. Analisis secara diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi mencari min, sisihan piawai dan peratus. Manakala bagi melihat perbezaan penguasaan berdasarkan jantina, data di analisis secara inferensi menggunakan statistik MANOVA. Keputusan analisis diskriptif mendapati min penguasaan operasi tambah adalah 8.47, operasi tolak 6.64, operasi darab 7.9 dan operasi bahagi 6.03. Hasil dapatan menunjukkan murid LINUS tidak menguasai operasi tolak, darab dan bahagi. Seterusnya didapati, tiada perbezaan signifikan antara penguasaan murid perempuan dan murid lelaki dalam keempat-empat operasi aritmetik nombor bulat yang dikaji. Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa murid LINUS masih tidak menguasai kemahiran operasi aritmetik dengan sepenuhnya. Kesimpulannya, guru seharusnya mengubah strategi pengajaran mengikut keupayaan murid, memandangkan murid LINUS mempunyai tahap keupayaan yang pelbagai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 156
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97084+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
849.15 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.