Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459846
Title: | Faktor penglibatan ibu bapa dalam memupuk minat membaca kanak-kanak prasekolah di Kuala Krai |
Authors: | Nurul Asikin Zahari (P69137) |
Supervisor: | Aliza Alias, Dr. |
Keywords: | Minat membaca Prasekolah Ibu bapa Kuala Krai Kelantan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 1-Aug-2016 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau penglibatan ibu bapa dalam memupuk minat membaca kanak-kanak prasekolah di Kuala Krai termasuklah mengenal pasti aktiviti dan sokongan ibu bapa dalam memupuk minat membaca kanak-kanak dari aspek masa membaca bersama yang diluangkan, pendapatan dan latar belakang ibu bapa. Seramai 303 orang ibu bapa daripada sepuluh buah sekolah di Kuala Krai, Kelantan terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dengan skala Likert lima poin dan pemprosesan data menggunakan program SPSS 22.0. Tatacara penganalisisan data menggunakan statistik deskriptif, iaitu frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Dua aspek penglibatan ibu bapa, iaitu aktiviti dan sokongan telah dikaji. Aspek aktiviti melibatkan aktiviti membaca dan bercerita bersama kanak-kanak, penyediaan persekitaran pembacaan, penyediaan bahan bacaan yang disukai kanak-kanak dan memantau pembacaan kanak-kanak di rumah. Aspek sokongan pula antaranya ialah pujian dan sokongan moral terhadap kanak-kanak, kebebasan memilih bahan bacaan dan menyediakan peruntukan kewangan untuk membeli bahan bacaan. Hasil kajian mendapati tahap sokongan ibu bapa dalam memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak Prasekolah di Kuala Krai adalah tinggi dengan nilai min 4.13. Penganalisisan regresi berganda pula mendapati masa membaca bersama kanak-kanak dalam seminggu dan latar belakang pendidikan ibu bapa memberikan kesan terhadap tahap sokongan dan aktiviti ibu bapa dalam memupuk minat membaca anak-anak. Sementara, korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara sokongan ibu bapa dan aktiviti yang dilakukan ibu bapa dalam memupuk minat membaca kanak-kanak Prasekolah di Kuala Krai dengan nilai (r=0.628). Namun begitu penglibatan ibu bapa dalam aktiviti memupuk minat membaca kanak-kanak prasekolah Kuala Krai hanya menunjukkan tahap sederhana secara keseluruhannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 126 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97082+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 545.73 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.