Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459841
Title: Aktiviti kokurikulum dan nilai bertanggungjawab dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Authors: Maizurfidar Anom Abdullah (P48752)
Supervisor: Rozlina Tan Abdullah
Keywords: Kokurikulum
Tanggungjawab
Pelajar
Sekolah menengah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 28-Nov-2016
Description: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sama ada nilai bertanggungjawab dapat dibentuk dalam diri pelajar melalui penglibatan dalam kegiatan kokurikulum. Kajian ini telah dijalankan di enam buah sekolah menengah di bawah pentadbiran zon Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dalam daerah Pejabat Pelajaran Petaling Perdana, Selangor. Sekolah-sekolah yang dipilih merupakan sekolah yang mempunyai kecemerlangan kokurikulum yang gemilang. Seramai 394 orang pelajar Tingkatan 4 dari sekolah-sekolah tersebut dipilih sebagai sampel secara rawak. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini merupakan pendekatan secara kuantitatif, iaitu kaedah pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa para pelajar bersetuju bahawa nilai bertanggungjawab dalam diri mereka dapat dibentuk melalui penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum sama ada mereka bergiat secara aktif atau pun tidak aktif. Para pelajar juga berpendapat bahawa persekitaran luar sekolah menyumbang ke arah membentuk nilai bertanggungjawab dalam diri mereka. Persekitaran luar sekolah pelajar bermaksud pengaruh yang dimainkan oleh ibu bapa dan saudara mara pelajar. Selain dari persekitaran luar sekolah, persekitaran sekolah membantu mengukuhkan pembentukan nilai bertanggungjawab diri pelajar. Secara amnya, pelaksanaan kokurikulum di sekolah dilihat sebagai satu media untuk membentuk keperibadian dan membantu dalam memupuk nilai-nilai murni seseorang pelajar terutamanya nilai bertanggungjawab khususnya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 90
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97077+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
109.67 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.