Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459826
Title: Pembangunan Modul Pengajaran Kreatif Pendidikan STEM (Modul PK-STEM)
Authors: Oziah Othman (P69917)
Supervisor: Zanaton Hj. Iksan, Dr.
Keywords: STEM
Modul
Pengajaran
Kreatif
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 28-Oct-2015
Description: Kajian rekabentuk pembangunan (DDR) Modul Pengajaran Kreatif Pendidikan STEM (Modul PK-STEM) ini diadaptasi dari Modul STEM dari New York University – Polytechnic (NYU-Poly) dan New York Academy of Science (NYAS) yang telah digunakan dalam Kem Bitara STEM Universiti Kebangsaan Malaysia. Modul pengajaran ini menggunakan tema Tenaga mengandungi nota panduan, cadangan perancangan mengajar kreatif, lembaran aktiviti dan lembaran kerja. Perancangan pengajaran kreatif telah dibina menggunakan Model Proses Kreatif Terarah dalam penyampaian isi kandungan melibatkan empat strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu konstruktivisme, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek. Modul juga menggunakan tiga teori pengajaran dan pembelajaran iaitu Teori Konstruktivisme, Teori Kognitivisme dan Teori Perkembangan Konstruktivisme Sosial. Modul ini telah dibangunkan dalam tiga peringkat berdasarkan Model Reka Bentuk Hannafin dan Peck (1988) yang menunjukkan sebuah modul pengajaran yang dibangunkan perlu melalui tiga fasa iaitu; Fasa 1: Fasa Analisis Keperluan Modul, Fasa 2: Fasa Mereka Bentuk dan Fasa 3: Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan. Penilaian modul secara berterusan dan penambahbaikkan telah dijalankan semasa ketiga-tiga fasa tersebut dilaksanakan. Penggunaan modul ini boleh dijadikan rujukan tambahan kepada fasilitator STEM dalam menghasilkan pengajaran kreatif. Adalah diharapkan agar modul ini dapat membantu fasilitator dalam mempelbagaikan teknik pengajaran menggunakan elemen-elemen kreativiti supaya proses pengajaran menjadi lebih mudah, seronok dan berkesan. Hasil penilaian modul mendapati pembangunan Modul PK-STEM adalah sesuai dibangunkan untuk keperluan pendidikan STEM.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 223
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97063+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
249.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.