Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459823
Title: Kesediaan guru Bahasa Melayu dalam pengajaran Komsas berpandukan Pembelajaran Berasaskan Masalah
Authors: Jamilah Hassan (P63839)
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr.
Keywords: Pembelajaran Berasaskan Masalah
Komsas
Problem solving -- Study and teaching
Issue Date: 1-Sep-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Bahasa Melayu menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Komponen Sastera (Komsas). Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau perbezaan tiga komponen, iaitu dari aspek pengalaman mengajar dan jantina. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk menentukan sumbangan pengetahuan dan kemahiran dengan sikap guru terhadap PBM dan melihat sumbangan pengetahuan dan kemahiran dengan sikap guru terhadap PBM berdasarkan jantina. Sampel kajian terdiri daripada 219 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di daerah Gua Musang, Kuala Krai, dan Machang Kelantan. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik dengan menggunakan skala Likert 1 hingga 5 yang diadaptasi daripada kajian oleh Kamaruddin Ismail (2010). Data dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif meliputi analisis frekuensi, min, dan sisihan piawai. Hasil dapatan deskriptif ialah pengetahuan min 2.629, kemahiran pelaksanaan min 3.17 dan sikap min 3.63. Analisis inferensi pula melibatkan Kruskal Walis, ujian-t tidak bersandar dan korelasi Pearson. Hasil dapatan analisis Kruskal Walis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan PBM, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap PBM dalam pengajaran berdasarkan pengalaman mengajar. Keputusan ujian-t tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru terhadap PBM berdasarkan jantina. Seterusnya, hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan dengan sikap guru terhadap PBM. Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan dengan sikap guru terhadap PBM mengikut jantina. Implikasi kajian ini ialah guru bahasa Melayu perlu diberi lebih pendedahan tentang PBM semasa pengajaran Komsas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 124
Call Number: LB1590.3.J339 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97060+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
420.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.