Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459785
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosadah Majid, Dr.
dc.contributor.authorWong Chin Ho (P66547)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:32:42Z-
dc.date.available2023-09-13T09:32:42Z-
dc.date.issued2015-07-24
dc.identifier.otherukmvital:83438
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459785-
dc.descriptionKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Kajian ini menilai proses pelaksanaan KSSR Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kajian ini melibatkan 163 guru PKBP di sekolah rendah. Kerangka konseptual berasaskan Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan (Concerns Based Adoption Model, CBAM) digunakan untuk mengenal pasti peringkat keprihatinan guru PKBP dalam pelaksanaan kurikulum. Kajian ini menguji peringkat keprihatinan guru PKBP melalui soal selidik yang diadaptasi daripada Soal Selidik Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern Questionaire, SoCQ). Terdapat 7 Peringkat Keprihatinan (PK) yang diukur iaitu: Kesedaran PK0, Maklumat PK1, Peribadi PK2, Pengurusan PK3, Kesan PK4, Kolaborasi PK5 dan Pemfokusan semula PK6. Tujuh PK ini dibahagikan kepada tiga fasa: Fasa Kendiri (PK0-PK2), Fasa Tugas (PK3), Fasa Impak (PK4-PK6). Kajian mendapati skor min PK peserta kajian adalah hampir sama bagi semua tujuh ukuran PK. Skor min tertinggi untuk guru PKBP ialah pada Peringkat Keprihatinan Peribadi PK2 (min=5.34). Guru muda PKBP menunjukkan skor min tinggi dalam Fasa Kendiri (PK0-PK2) dan skor min rendah dalam Fasa Impak (PK4-PK6). Tiada kesan interaksi antara ukuran Peringkat Keprihatinan berdasarkan kelayakan akademik guru dengan pengalaman mengajar. Dapatan kajian ini membuktikan guru PKBP memerlukan intervensi latihan dalam perkhidmatan untuk memantapkan ilmu pengetahuan serta kemahiran tentang KSSR PKBP. Mereka juga perlu diberikan sokongan berterusan untuk melaksanakan kurikulum baru.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectTeachers of children with disabilities-Training of-Malaysia
dc.titlePeringkat keprihatinan guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran dalam pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah
dc.typetheses
dc.format.pages124
dc.identifier.callnoLC4019.8.W643 2015
dc.identifier.barcode001878
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83438+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.