Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459763
Title: Kompetensi, sikap dan kesedaran guru prasekolah dalam pengajaran multibudaya
Authors: Salasiah Hashim (P51154)
Supervisor: Rohaty Haji Majzub, Prof. Dr. Pn. Sri
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Multicultural education -- Malaysia
Preschool teachers -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Feb-2012
Description: kefahaman multibudaya dalam kalangan kanak-kanak merupakan elemen penting yang menjadi asas pemupukan perpaduan di peringkat prasekolah. Cabaran utama yang dihadapi guru dalam hal ini adalah perbezaan budaya guru dengan pelajar. Sehubungan itu, kajian tinjauan ini dilaksanakan untuk menentukan tahap kompetensi, sikap dan kesedaran guru prasekolah dalam pengajaran multibudaya. Selain itu, ia juga bertujuan menentukan tahap kompetensi guru dalam pengajaran multibudaya berdasarkan aspek demografi, jenis kelas serta hubungannya dengan sikap dan kesedaran multibudaya guru. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang guru Tabika Perpaduan yang mewakili kelas homogenous dan heterogenous di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi pengajaran multibudaya guru, sikap multibudaya guru dan kesedaran multibudaya guru berada pada tahap yang positif dan tinggi. Didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi guru dalam pengajaran multibudaya, sikap multibudaya guru dan kesedaran multibudaya guru di kelas homogenous dengan kelas heterogenous. Selain itu, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi guru dalam pengajaran multibudaya berdasarkan umur, kaum, tahun berkhidmat dan pengalaman mengajar di kelas multibudaya. Hubungan kompetensi guru dalam pengajaran multibudaya dengan kesedaran multibudaya guru didapati positif dan signifikan pada tahap sederhana. Manakala sikap multibudaya guru dengan kesedaran multibudaya guru pula mempunyai hubungan yang positif dan signifikan pada tahap yang tinggi. Namun, sikap multibudaya guru didapati tidak mempunyai hubungan signifikan dengan kompetensi guru dalam pengajaran multibudaya. Oleh yang demikian, profesionalisme guru untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran multibudaya perlu diteruskan pelaksanaannya bagi memastikan peningkatan kompetensi, sikap dan kesedaran guru dalam pengajaran multibudaya.,Sarjana Pendidikan
Pages: 143
Call Number: LB1775.5.S233 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83028+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.