Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459762
Title: | Korelasi antara sikap, motivasi dan kerisauan bahasa pelajar dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris |
Authors: | Mahanorsasa Muntahar (P36973) |
Supervisor: | Rohaty Majzub, Prof. Puan Seri |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Learning Psychology of Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 6-Jan-2012 |
Description: | Pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sering menjadi isu pendidikan. Perbezaan tahap pencapaian berdasarkan jantina, bangsa dan lokasi sekolah sering dinyatakan antara faktor penyumbang terhadap perbezaan tersebut dan seterusnya mempengaruhi tahap sikap, motivasi dan kerisauan pelajar terhadap bahasa Inggeris. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti korelasi antara sikap, motivasi dan kerisauan bahasa pelajar dengan pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris. Sampel kajian terdiri daripada 376 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah terpilih di daerah Hulu Langat, Selangor yang dipilih secara rawak berstrata. Kajian dijalankan menggunakan kaedah tinjauan. Data diperolehi melalui set soal-selidik yang diadaptasi daripada instrumen Attitude/Motivation Test Battery (AMTB). Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Perbandingan antara pembolehubah kajian dianalisis menggunakan ujian MANOVA manakala hubungan antara pembolehubah pula dianalisis menggunakan ujian korelasi Pearson. Kajian ini mendapati: (1) secara keseluruhan, sikap pelajar berada pada tahap positif manakala motivasi dan kerisauan bahasa pula berada pada tahap sederhana (2) terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap, motivasi dan kerisauan bahasa berdasarkan faktor jantina, bangsa dan lokasi sekolah (3) wujud korelasi positif pada tahap sederhana antara sikap integratif dan sikap instrumental dengan pencapaian (4) wujud korelasi positif pada tahap sederhana antara motivasi dengan pencapaian (5) wujud korelasi negatif pada tahap sederhana antara kerisauan bahasa dengan pencapaian. Kajian ini diharap boleh membantu pihak pendidik memberi tumpuan untuk merangsang dan membentuk sikap yang positif dan motivasi yang tinggi, dan secara tidak langsung mampu mengurangkan perasaan risau atau takut terhadap bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 130 |
Call Number: | LB1065.M336 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83027+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 884.18 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.