Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459762
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohaty Majzub, Prof. Puan Seri
dc.contributor.authorMahanorsasa Muntahar (P36973)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:32:25Z-
dc.date.available2023-09-13T09:32:25Z-
dc.date.issued2012-01-06
dc.identifier.otherukmvital:83027
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459762-
dc.descriptionPencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sering menjadi isu pendidikan. Perbezaan tahap pencapaian berdasarkan jantina, bangsa dan lokasi sekolah sering dinyatakan antara faktor penyumbang terhadap perbezaan tersebut dan seterusnya mempengaruhi tahap sikap, motivasi dan kerisauan pelajar terhadap bahasa Inggeris. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti korelasi antara sikap, motivasi dan kerisauan bahasa pelajar dengan pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris. Sampel kajian terdiri daripada 376 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah terpilih di daerah Hulu Langat, Selangor yang dipilih secara rawak berstrata. Kajian dijalankan menggunakan kaedah tinjauan. Data diperolehi melalui set soal-selidik yang diadaptasi daripada instrumen Attitude/Motivation Test Battery (AMTB). Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Perbandingan antara pembolehubah kajian dianalisis menggunakan ujian MANOVA manakala hubungan antara pembolehubah pula dianalisis menggunakan ujian korelasi Pearson. Kajian ini mendapati: (1) secara keseluruhan, sikap pelajar berada pada tahap positif manakala motivasi dan kerisauan bahasa pula berada pada tahap sederhana (2) terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap, motivasi dan kerisauan bahasa berdasarkan faktor jantina, bangsa dan lokasi sekolah (3) wujud korelasi positif pada tahap sederhana antara sikap integratif dan sikap instrumental dengan pencapaian (4) wujud korelasi positif pada tahap sederhana antara motivasi dengan pencapaian (5) wujud korelasi negatif pada tahap sederhana antara kerisauan bahasa dengan pencapaian. Kajian ini diharap boleh membantu pihak pendidik memberi tumpuan untuk merangsang dan membentuk sikap yang positif dan motivasi yang tinggi, dan secara tidak langsung mampu mengurangkan perasaan risau atau takut terhadap bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectLearning
dc.subjectPsychology of
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKorelasi antara sikap, motivasi dan kerisauan bahasa pelajar dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris
dc.typetheses
dc.format.pages130
dc.identifier.callnoLB1065.M336 2012 tesis
dc.identifier.barcode001796
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83027+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
884.18 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.