Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459675
Title: | Kajian gaya pembelajaran dan penguasaan konsep asas algebra dalam kalangan pelajar tahun pertama program pendidikan matematik di Uni Suska, Riau |
Authors: | Zulkifli Muhammad Nuh (P22457) |
Supervisor: | Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Algebra -- Study and teaching Mathematics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Aug-2010 |
Description: | Kajian ini dijalankan untuk menentukan amalan gaya pembelajaran, peringkat penguasaan pelajar terhadap konsep asas algebra serta perkaitan diantara kedua pembolehubah yang dikaji. Kajian ini berbentuk tinjauan semasa dan telah dijalankan terhadap 101 orang pelajar tahun pertama jabatan matematik Fakulti Tarbiyah dan Keguruan Universitas Islam Negeri Sulthan Syarif Kasim – UIN SUSKA Riau, Pekanbaru. Data dikutip daripada responden dengan menggunakan soalselidik pendekatan pembelajaran dalam algebra dan satu set Ujian Matematik. Maklumat pendekatan pembelajaran yang diamalkan pelajar diperoleh pada pertengahan semester perkuliahan. Manakala maklumat tentang penguaasaan konsep asas algebra diperoleh pada penghujung semester. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS-Version 15). Dari aspek pembelajaran, kajian ini mendapati para pelajar tidak mengamalkan sesuatu gaya pembelajaran tertentu. Sebaiknya, mereka mengamalkan gaya pembelajaran bersepadu, iaitu dengan menggabungkan gaya dorongan, permukaan, mendalam dan gigihusaha. Manakala gaya terancang kurang diamalkan. Peringkat penguaasaan pelajar terhadap konsep-konsep asas algebra didapati rendah. Keputusan kajian mendapati penguasaan konsep asas algebra mempunyai hubungan yang positif dengan semua dimensi gaya pembelajaran yang dikaji. Kajian juga mendapati wujud perbezaan yang diamalkan pelajar mengikut kategori kelulusan pelajar diterima di jabatan ini. Terakhir, kajian ini mendapati wujud perbezaan amalan gaya pembelajaran pelajar mengikut latar belakang sekolah menengah mereka sebelumnya.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 133 |
Call Number: | QA159.Z838 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74377+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 552.31 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.