Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459667
Title: | Penggunaan surau dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di negeri Melaka |
Authors: | Jasmi bin Amin (P45616) |
Supervisor: | Ab. Halim Tamuri, Profesor Madya Dato’ Dr. |
Keywords: | Surau Pengajaran dan pembelajaran Pedidikan Islam Sekolah menengah kebangsaan Melaka A Islamic education -- Malaysia -- Melaka |
Issue Date: | 16-Sep-2011 |
Description: | Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di surau-surau sekolah di samping menilai penggunaan surau sekolah dari aspek ibadah dan pendidikan serta minat para pelajar mengikuti pembelajaran di institusi berkenaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif (soal selidik) dan kualitatif (temu bual dan pemerhatian) bagi mengumpul data daripada 400 orang pelajar Islam tingkatan empat dari 12 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Melaka Tengah, Melaka. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratusan, min, sisihan piawai, Ujian-t, ujian ANOVA dan korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, analisis data deskriptif mendapati kualiti prasarana P&P di surau-surau Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Melaka Tengah berada pada tahap sederhana tinggi. Begitu juga dengan tahap minat pelajar untuk mengikuti proses P&P Pendidikan Islam di surau sekolah turut mencapai tahap sederhana tinggi. Namun hasil kajian mendapati tahap penggunaan surau sekolah dari aspek ibadah dan pendidikan berada pada tahap sederhana rendah. Selain itu hasil kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti prasarana P&P dengan minat pelajar untuk mengikuti proses P&P Pendidikan Islam di surau sekolah pada tahap yang tinggi. Malah tahap penggunaan surau sekolah dari aspek ibadah dan pendidikan juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat pelajar untuk menjalani proses P&P di surau sekolah pada tahap yang tinggi. Kualiti prasarana P&P di surau sekolah perlu ditingkatkan khususnya dari aspek penyediaan prasarana selain kebersihan dan keceriaan. Malah tahap penggunaan surau sekolah dari aspek ibadah dan pendidikan juga perlu ditingkatkan secara optimum. Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan tanda aras untuk memperbaiki kualiti prasarana di surau-surau sekolah sekaligus meningkatkan tahap penggunaannya dalam P&P Pendidikan Islam.,Master/Sarjana |
Pages: | 261 |
Call Number: | LC910.M4.J345 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459667 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74367+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.81 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.