Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459662
Title: Pembangunan dan penilaian perisian kursus pendidikan Bahasa Melayu literasi tahun satu
Authors: Mohd Kalip bin Md Tap (P48140)
Supervisor: Mohd. Arif bin Hj. Ismail, Dr.
Keywords: Pembangunan
Penilaian
Perisian kursus
Pendidikan
Bahasa Melayu literasi
Tahun satu
Computer-assisted instruction
Issue Date: 14-Jun-2012
Description: Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai satu Perisian Kursus Pendidikan Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu. Kandungan perisian ini lebih menumpukan kepada bidang membaca. Perisian kursus ini disediakan berasaskan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Malaysia (KPM). Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan alat pengarangan Macromedia Authorware versi 7.0 dengan mengintegrasikan perisian Adobe Photoshop 7.0, Power Director 4.0 dan Sound Forge 5.0 berasaskan kepada model reka bentuk pengajaran ADDIE. Model ADDIE ini terdiri daripada lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Antara lain, persoalan-persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah untuk menilai sama ada perisian kursus pendidikan ini dapat memenuhi kehendak sebagai bahan bantu mengajar dengan mengambil kira konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantuan Komputer (PPBK) berdasarkan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu. Bagi menilai perisian kursus ini, kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik skala likert lima mata dan temu bual telah dijalankan. Seramai 120 orang murid tahun satu dan 8 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu tahun satu di empat buah sekolah di Negeri Melaka dijadikan sebagai responden kajian. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah Sekolah Kebangsaan Sebatu, Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan Sekolah Kebangsaan Parit Gantong, Melaka. Dapatan kajian telah dianalisa menggunakan perisian SPSS 14 Evaluation for Windows. Hasil kajian menunjukkan perisian kursus ini dapat membantu pelajar memahami dengan lebih mudah dan jelas mengenai Bahasa Melayu literasi dengan menggunakan unsurunsur multimedia. Perisian ini juga boleh digunakan oleh guru-guru sebagai alternatif bahan bantu mengajar. Kombinasi pelbagai media dalam perisian ini juga telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.,Master/Sarjana
Pages: 205
Call Number: LB1028.5.M8443 2012
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459662
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73412+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.