Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459409
Title: Konsep sejarah al-Dhahabi dalam al-Ibar fi Khabar Man Ghabar
Authors: Wan Saifullah Wan Abdul Ghani (P68777)
Supervisor: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Dr.
Keywords: Islam -- History
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Apr-2018
Description: Al-Dhahabi merupakan sejarawan Islam pada abad kelapan hijrah dan terkenal dengan karyanya Tarikh al-Islam. Al-Dhahabi melakukan proses ikhtisar (ringkasan) terhadap karya Tarikh al-Islam dan berjaya menghasilkan karya al-Ibar fi Khabar Man Ghabar yang merupakan ringkasan kepada Tarikh al-Islam. Ikhtisar ini dilakukan untuk memudahkan proses rujukan terhadap peristiwa-peristiwa sejarah kerana kandungan sejarah dalam Tarikh al-Islam adalah terlalu kompleks yang menyukarkan proses rujukan. Kajian ini memfokuskan kepada konsep sejarah yang dikemukakan al-Dhahabi dalam al-Ibar fi Khabar Man Ghabar yang menjelaskan tentang pengajaran, ringkas dan mudah untuk difahami. Objektif kajian adalah untuk meneliti sejarah hidup, biografi dan karya-karya al-Dhahabi sebagai sejarawan terkemuka dan membina konsep sejarah beliau dalam al-Ibar. Selain itu, kajian juga bertujuan mencerakinkan metode historiografi dan kandungan sejarah al-Dhahabi dalam karya tersebut. Kajian mengaplikasi kajian sejarah dan analisis dokumen. Kajian sejarah digunakan untuk membina biografi al-Dhahabi dan milieu pada zaman beliau manakala analisis dokumen diaplikasi untuk menilai bentuk idea sejarah, metode dan kandungan dalam karya al-Ibar. Hasil kajian mendapati gaya penulisan al-Dhahabi banyak dipengaruhi oleh metodologi penulisan sarjana beraliran ahli hadith sezaman dengan beliau. Kajian juga mengenalpasti istilah al-ibar memberi makna yang jelas kepada konsep sejarah al-Dhahabi di dalam karya tersebut. Konsep sejarah al-Dhahabi dipandu oleh kalimah al-ibar yang mengandungi pengajaran dan panduan dalam bentuk ringkasan kepada karya yang lebih panjang iaitu Tarikh al-Islam. Secara amnya, sumber penulisan al-Ibar bepandukan karya-karya sejarah yang pelbagai dan Tarikh al-Islam secara khasnya.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 121
Call Number: DS37.4.W76 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108844+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.