Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459409
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azmul Fahimi Kamaruzaman, Dr. | |
dc.contributor.author | Wan Saifullah Wan Abdul Ghani (P68777) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:56:45Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:56:45Z | - |
dc.date.issued | 2018-04-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:108844 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459409 | - |
dc.description | Al-Dhahabi merupakan sejarawan Islam pada abad kelapan hijrah dan terkenal dengan karyanya Tarikh al-Islam. Al-Dhahabi melakukan proses ikhtisar (ringkasan) terhadap karya Tarikh al-Islam dan berjaya menghasilkan karya al-Ibar fi Khabar Man Ghabar yang merupakan ringkasan kepada Tarikh al-Islam. Ikhtisar ini dilakukan untuk memudahkan proses rujukan terhadap peristiwa-peristiwa sejarah kerana kandungan sejarah dalam Tarikh al-Islam adalah terlalu kompleks yang menyukarkan proses rujukan. Kajian ini memfokuskan kepada konsep sejarah yang dikemukakan al-Dhahabi dalam al-Ibar fi Khabar Man Ghabar yang menjelaskan tentang pengajaran, ringkas dan mudah untuk difahami. Objektif kajian adalah untuk meneliti sejarah hidup, biografi dan karya-karya al-Dhahabi sebagai sejarawan terkemuka dan membina konsep sejarah beliau dalam al-Ibar. Selain itu, kajian juga bertujuan mencerakinkan metode historiografi dan kandungan sejarah al-Dhahabi dalam karya tersebut. Kajian mengaplikasi kajian sejarah dan analisis dokumen. Kajian sejarah digunakan untuk membina biografi al-Dhahabi dan milieu pada zaman beliau manakala analisis dokumen diaplikasi untuk menilai bentuk idea sejarah, metode dan kandungan dalam karya al-Ibar. Hasil kajian mendapati gaya penulisan al-Dhahabi banyak dipengaruhi oleh metodologi penulisan sarjana beraliran ahli hadith sezaman dengan beliau. Kajian juga mengenalpasti istilah al-ibar memberi makna yang jelas kepada konsep sejarah al-Dhahabi di dalam karya tersebut. Konsep sejarah al-Dhahabi dipandu oleh kalimah al-ibar yang mengandungi pengajaran dan panduan dalam bentuk ringkasan kepada karya yang lebih panjang iaitu Tarikh al-Islam. Secara amnya, sumber penulisan al-Ibar bepandukan karya-karya sejarah yang pelbagai dan Tarikh al-Islam secara khasnya.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Islam -- History | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Konsep sejarah al-Dhahabi dalam al-Ibar fi Khabar Man Ghabar | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 121 | |
dc.identifier.callno | DS37.4.W76 2018 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108844+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.