Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459281
Title: | Persepsi pelajar terhadap dakwah bi al-hal guru pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan |
Authors: | Suzairi Ab Rahman (P77234) |
Supervisor: | Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Dr. |
Keywords: | Akhlak Teachers -- Malaysia -- Negeri Sembilan -- Attitudes |
Issue Date: | 4-Mar-2017 |
Description: | Melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak mulia sememangnya sudah menjadi idaman Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mereka merupakan generasi pewaris kepimpinan negara. Secara umumnya tanggungjawab ini terletak di atas bahu semua warga yang bergelar pendidik tetapi secara khususnya ia dipikul oleh guru pendidikan Islam yang lebih dikenali sebagai ustaz ataupun ustazah. Peningkatan gejala sosial yang melibatkan pelajar akhir-akhir ini menimbulkan persoalan tentang kemampuan guru pendidikan Islam dalam menjalankan tanggungjawab sebagai role model dalam membentuk akhlak baik dalam diri pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar tentang akhlak baik dan buruk serta persepsi mereka terhadap dakwah bi al-hal Guru Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak. Kajian ini melibatkan seramai 274 orang pelajar Tingkatan 4 dari enam buah sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan iaitu 3 buah sekolah yang terletak di kawasan bandar dan 3 buah lagi di kawasan luar bandar sebagai responden kajian. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seterusnya hasil kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Satistical Package for the Social Sciences (SPSS) 23.0 . Hasil kajian menunjukkan pelajar dapat memahami dan membezakan di antara akhlak baik dan buruk dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan persepsi pelajar, dapatan kajian menunjukkan dakwah bi al-hal yang dijalankan oleh Guru Pendidikan Islam berada pada tahap yang baik dan sentiasa menjadi ikutan mereka dalam kehidupan seharian dan seterusnya menjadi panduan dalam membentuk akhlak yang baik.. Setiap perbuatan dan percakapan mereka menjadi perhatian dan ikutan para pelajar. Hasil kajian ini memberi implikasi besar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merangka suatu garis panduan dakwah bi al-hal untuk dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam di sekolah. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pendidikan Islam dapat melaksanakan dakwah bi al-hal dengan baik dan sentiasa menjadi ikutan para pelajar.,Tesis in tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah |
Pages: | 94 |
Call Number: | LB1775.4.M42N437 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99435+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 805.34 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.