Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459271
Title: | Kefahaman dan pengamalan etika tilawah al-Quran dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) |
Authors: | Juwairiah Hassan (P67981) |
Supervisor: | Mohd Faizulamri Mohd. Saad, Dr. |
Keywords: | Tilawah al-Quran Qur'an -- Recitation |
Issue Date: | 16-Jan-2017 |
Description: | Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah awal dengan mewajibkan pelajar-pelajar sekolah rendah mengkhatamkan al-Quran pada usia 12 tahun. Namun begitu, masih terdapat mahasiswa di beberapa institut pengajian tinggi yang tidak mampu membaca al-Quran dengan baik, seperti tidak kenal huruf hijaiyyah, belum menguasai kemahiran asas di peringkat sekolah rendah, tidak dapat menyebut bunyi suku kata dan tidak dapat membaca kalimah serta ayat-ayat pendek. Hal ini membawa kepada sukarnya menghafaz ayat-ayat al-Quran dari surah-surah lazim. Untuk menguasai bacaan al-Quran dengan baik, semua aspek perlu diberi perhatian termasuklah kefahaman dan pengamalan terhadap etika tilawah al-Quran. Kajian ini memfokuskan kepada pengamalan etika tilawah al-Quran. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji tahap kefahaman dan pengamalan etika tilawah al-Quran dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Di samping itu untuk menganalisis hubungan di antara pengamalan etika tilawah al-Quran dengan tahap penguasaan bacaan al-Quran mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah soal selidik dalam pengumpulan data. Data-data yang dikumpul akan melalui perisian Statistical Package For The Social Sciences Version 19.0 (SPSS). Hasil daripada kajian ini mendapati kefahaman dan pengamalan etika tilawah al-Quran mempunyai hubungan dengan tahap penguasaan bacaan al-Quran mahasiswa KUIM. Semakin kurangnya kefahaman dan pengamalan terhadap etika tilawah al-Quran, semakin lemah tahap penguasaannya terhadap pembacaan al-Quran. Begitu juga sebaliknya, semakin teguh kefahaman dan pengamalan terhadap etika tilawah al-Quran, semakin baik tahap penguasaan bacaan al-Qurannya. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada mahasiswa KUIM, para pensyarah tilawah al-Quran di KUIM, guru-guru pendidikan Islam dan juga kepada institut pengajian tinggi terhadap kepentingan pengamalan etika tilawah al-Quran. Kajian ini juga merupakan usaha dalam mengenalpasti kelemahan tahap penguasaan bacaan al-Quran dan cara mengatasinya. Semoga hasil kajian ini dapat membantu umat Islam tentang kepentingan membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 106 |
Call Number: | BP131.6.J848 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98637+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.