Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459271
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Faizulamri Mohd. Saad, Dr. | |
dc.contributor.author | Juwairiah Hassan (P67981) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:50:06Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:50:06Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98637 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459271 | - |
dc.description | Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah awal dengan mewajibkan pelajar-pelajar sekolah rendah mengkhatamkan al-Quran pada usia 12 tahun. Namun begitu, masih terdapat mahasiswa di beberapa institut pengajian tinggi yang tidak mampu membaca al-Quran dengan baik, seperti tidak kenal huruf hijaiyyah, belum menguasai kemahiran asas di peringkat sekolah rendah, tidak dapat menyebut bunyi suku kata dan tidak dapat membaca kalimah serta ayat-ayat pendek. Hal ini membawa kepada sukarnya menghafaz ayat-ayat al-Quran dari surah-surah lazim. Untuk menguasai bacaan al-Quran dengan baik, semua aspek perlu diberi perhatian termasuklah kefahaman dan pengamalan terhadap etika tilawah al-Quran. Kajian ini memfokuskan kepada pengamalan etika tilawah al-Quran. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji tahap kefahaman dan pengamalan etika tilawah al-Quran dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Di samping itu untuk menganalisis hubungan di antara pengamalan etika tilawah al-Quran dengan tahap penguasaan bacaan al-Quran mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah soal selidik dalam pengumpulan data. Data-data yang dikumpul akan melalui perisian Statistical Package For The Social Sciences Version 19.0 (SPSS). Hasil daripada kajian ini mendapati kefahaman dan pengamalan etika tilawah al-Quran mempunyai hubungan dengan tahap penguasaan bacaan al-Quran mahasiswa KUIM. Semakin kurangnya kefahaman dan pengamalan terhadap etika tilawah al-Quran, semakin lemah tahap penguasaannya terhadap pembacaan al-Quran. Begitu juga sebaliknya, semakin teguh kefahaman dan pengamalan terhadap etika tilawah al-Quran, semakin baik tahap penguasaan bacaan al-Qurannya. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada mahasiswa KUIM, para pensyarah tilawah al-Quran di KUIM, guru-guru pendidikan Islam dan juga kepada institut pengajian tinggi terhadap kepentingan pengamalan etika tilawah al-Quran. Kajian ini juga merupakan usaha dalam mengenalpasti kelemahan tahap penguasaan bacaan al-Quran dan cara mengatasinya. Semoga hasil kajian ini dapat membantu umat Islam tentang kepentingan membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tilawah al-Quran | |
dc.subject | Qur'an -- Recitation | |
dc.title | Kefahaman dan pengamalan etika tilawah al-Quran dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 106 | |
dc.identifier.callno | BP131.6.J848 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003146(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98637+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.