Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459229
Title: | Metodologi Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan dalil Imam al-Shafi'i |
Authors: | Muhammad Umar Mukhtar Shafie (P67084) |
Supervisor: | Ahamad Asmadi Sakat, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Jami' al-Tirmidhi Dalil Hadith Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 16-Feb-2017 |
Description: | Jami' al-Tirmidhi merupakan sebuah kitab hadith yang menghimpunkan dalil muhaditthin dan fuqaha' termasuk para Imam madhhab, antaranya Imam al-Shafi'i. Namun, terdapat hadith yang dijadikan dalil oleh Imam al-Shafi'i tetapi dinilai semula oleh Imam al-Tirmidhi sebagai ma'lul atau da'if di dalam kitabnya al-Jami'. Justeru, adalah menjadi satu keperluan akademik bagi pengkaji untuk meneliti dan memahami metodologi yang digunakan oleh Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan dalil Imam al-Shafici. Kajian ini bertujuan mengkaji kaedah Imam al-Tirmidhi serta pendiriannya ketika mengemukakan dalil Imam al-Shafi'i. Selain itu, kajian ini juga turut mengenalpasti teknik pentarjihan Imam al-Tirmidhi terhadap dalil Imam al-Shafi'i. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan dengan menggunakan Jami' al-Tirmidhi sebagai rujukan utama. Teknik pengumpulan data menggunakan kajian kepustakaan. Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data pula melalui pendekatan diskriptif dan tematik. Sebanyak 318 dalil Imam al-Shafi'i dinyatakan di dalamnya. Hasil kajian mendapati bahawa, 215 dalil Imam al-Shafi'i mempunyai nilai sama “Muwafiq” oleh Imam al-Tirmidhi. Manakala 86 dalil daripadanya dinyatakan sebagai “qabil lil-Ta'wil”. 17 dalil yang lain didapati mempunyai penilaian yang berbeza “ghayr muwafiq”. Kebanyakan dalil Imam al-Shafi'i merupakan dalil yang menggunakan hadith sahih di dalam al-Jami'. Manakala Imam al-Tirmidhi ketika mentarjih pendapat Imam al-Shafi'i, beliau membuktikan kepakaran dalam mengumpul shawahid hingga ke zamannya bagi menyatakan sesuatu isu dan memilih hadis berdasarkan metode ahli hadis. Pemahaman terhadap metode Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan dalil Imam al-Shafi'i merupakan suatu perkara penting kepada para pembaca terutamanya pembaca buku al-Jami' supaya tidak gagal dalam memahami maksud dan tujuan penulisan kitab tersebut.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 86 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98197+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.