Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459229
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhamad Asmadi Sakat, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Umar Mukhtar Shafie (P67084)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:48:16Z-
dc.date.available2023-09-13T07:48:16Z-
dc.date.issued2017-02-16-
dc.identifier.otherukmvital:98197-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459229-
dc.descriptionJami' al-Tirmidhi merupakan sebuah kitab hadith yang menghimpunkan dalil muhaditthin dan fuqaha' termasuk para Imam madhhab, antaranya Imam al-Shafi'i. Namun, terdapat hadith yang dijadikan dalil oleh Imam al-Shafi'i tetapi dinilai semula oleh Imam al-Tirmidhi sebagai ma'lul atau da'if di dalam kitabnya al-Jami'. Justeru, adalah menjadi satu keperluan akademik bagi pengkaji untuk meneliti dan memahami metodologi yang digunakan oleh Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan dalil Imam al-Shafici. Kajian ini bertujuan mengkaji kaedah Imam al-Tirmidhi serta pendiriannya ketika mengemukakan dalil Imam al-Shafi'i. Selain itu, kajian ini juga turut mengenalpasti teknik pentarjihan Imam al-Tirmidhi terhadap dalil Imam al-Shafi'i. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan dengan menggunakan Jami' al-Tirmidhi sebagai rujukan utama. Teknik pengumpulan data menggunakan kajian kepustakaan. Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data pula melalui pendekatan diskriptif dan tematik. Sebanyak 318 dalil Imam al-Shafi'i dinyatakan di dalamnya. Hasil kajian mendapati bahawa, 215 dalil Imam al-Shafi'i mempunyai nilai sama “Muwafiq” oleh Imam al-Tirmidhi. Manakala 86 dalil daripadanya dinyatakan sebagai “qabil lil-Ta'wil”. 17 dalil yang lain didapati mempunyai penilaian yang berbeza “ghayr muwafiq”. Kebanyakan dalil Imam al-Shafi'i merupakan dalil yang menggunakan hadith sahih di dalam al-Jami'. Manakala Imam al-Tirmidhi ketika mentarjih pendapat Imam al-Shafi'i, beliau membuktikan kepakaran dalam mengumpul shawahid hingga ke zamannya bagi menyatakan sesuatu isu dan memilih hadis berdasarkan metode ahli hadis. Pemahaman terhadap metode Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan dalil Imam al-Shafi'i merupakan suatu perkara penting kepada para pembaca terutamanya pembaca buku al-Jami' supaya tidak gagal dalam memahami maksud dan tujuan penulisan kitab tersebut.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectJami' al-Tirmidhi-
dc.subjectDalil-
dc.subjectHadith-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleMetodologi Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan dalil Imam al-Shafi'i-
dc.typetheses-
dc.format.pages86-
dc.identifier.barcode003102(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98197+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.