Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459229
Title: Metodologi Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan dalil Imam al-Shafi'i
Authors: Muhammad Umar Mukhtar Shafie (P67084)
Supervisor: Ahamad Asmadi Sakat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Jami' al-Tirmidhi
Dalil
Hadith
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 16-Feb-2017
Description: Jami' al-Tirmidhi merupakan sebuah kitab hadith yang menghimpunkan dalil muhaditthin dan fuqaha' termasuk para Imam madhhab, antaranya Imam al-Shafi'i. Namun, terdapat hadith yang dijadikan dalil oleh Imam al-Shafi'i tetapi dinilai semula oleh Imam al-Tirmidhi sebagai ma'lul atau da'if di dalam kitabnya al-Jami'. Justeru, adalah menjadi satu keperluan akademik bagi pengkaji untuk meneliti dan memahami metodologi yang digunakan oleh Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan dalil Imam al-Shafici. Kajian ini bertujuan mengkaji kaedah Imam al-Tirmidhi serta pendiriannya ketika mengemukakan dalil Imam al-Shafi'i. Selain itu, kajian ini juga turut mengenalpasti teknik pentarjihan Imam al-Tirmidhi terhadap dalil Imam al-Shafi'i. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan dengan menggunakan Jami' al-Tirmidhi sebagai rujukan utama. Teknik pengumpulan data menggunakan kajian kepustakaan. Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data pula melalui pendekatan diskriptif dan tematik. Sebanyak 318 dalil Imam al-Shafi'i dinyatakan di dalamnya. Hasil kajian mendapati bahawa, 215 dalil Imam al-Shafi'i mempunyai nilai sama “Muwafiq” oleh Imam al-Tirmidhi. Manakala 86 dalil daripadanya dinyatakan sebagai “qabil lil-Ta'wil”. 17 dalil yang lain didapati mempunyai penilaian yang berbeza “ghayr muwafiq”. Kebanyakan dalil Imam al-Shafi'i merupakan dalil yang menggunakan hadith sahih di dalam al-Jami'. Manakala Imam al-Tirmidhi ketika mentarjih pendapat Imam al-Shafi'i, beliau membuktikan kepakaran dalam mengumpul shawahid hingga ke zamannya bagi menyatakan sesuatu isu dan memilih hadis berdasarkan metode ahli hadis. Pemahaman terhadap metode Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan dalil Imam al-Shafi'i merupakan suatu perkara penting kepada para pembaca terutamanya pembaca buku al-Jami' supaya tidak gagal dalam memahami maksud dan tujuan penulisan kitab tersebut.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 86
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98197+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.