Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459171
Title: | Kaedah pengajaran dan pembelajaran Tahfiz al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam |
Authors: | Nursyukriah Haji Omarali (P73451) |
Supervisor: | Sabri Mohammad, Dr. |
Keywords: | Tahfiz al-Quran Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kaedah pengajaran Sikap pelajar Pengajaran guru Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Apr-2016 |
Description: | Kaedah pengajaran guru merupakan suatu faktor luaran yang boleh mempengaruhi hasil pembelajaran pelajar. Walaubagaimanapun, kebanyakan guru al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah masih belum mempunyai sijil pendidikan yang mengakibatkan kurangnya pengaplikasian kaedah ilmu pendidikan terhadap pengajaran mereka serta pelajar juga kurang menunjukkan minat dan sikap untuk menjadi seorang hafiz. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran yang digunakan oleh guru menurut persepsi pelajar, mengkaji permasalahan kaedah pengajaran guru di ITQSHHB serta menganalisis hubungan di antara kaedah pengajaran guru dengan sikap pelajar terhadap pembelajaran tahfiz al-Quran. Rekabentuk kajian merupakan kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan analisis kandungan. Soal selidik telah diedarkan kepada 150 orang pelajar dan 24 orang guru di ITQSHHB. Data-data soalselidik yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Windows 19.0. Hasil kajian mendapati kaedah tasmc dan kaedah ulangan menjadi kaedah yang sering dilakukan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran di ITQSHHB. Pengalaman guru serta prasarana yang wujud di ITQSHHB telah menjadi permasalahan kepada guru dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran dalam pembelajaran tahfiz al-Quran. Permasalahan kaedah pengajaran di ITQSHHB ini secara keseluruhannya bukan dipengaruhi oleh ikhtisas perguruan guru yang mana kebanyakannya tidak mempunyai sijil pendidikan secara persendirian tetapi pendekatan kaedah pengajaran Tahfiz al-Quran guru ini yang sangat mempengaruhi sikap pelajar di dalam kelas. Implikasi kajian mencadangkan diwujudkan pengaplikasian kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran yang teratur dan sistematik, bagi mewujudkan minat dan sikap pelajar hafiz yang positif terhadap pembelajaran tahfiz al-Quran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 128 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84889+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 919.71 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.