Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459171
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohammad, Dr.
dc.contributor.authorNursyukriah Haji Omarali (P73451)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:45:50Z-
dc.date.available2023-09-13T07:45:50Z-
dc.date.issued2016-04-20
dc.identifier.otherukmvital:84889
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459171-
dc.descriptionKaedah pengajaran guru merupakan suatu faktor luaran yang boleh mempengaruhi hasil pembelajaran pelajar. Walaubagaimanapun, kebanyakan guru al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah masih belum mempunyai sijil pendidikan yang mengakibatkan kurangnya pengaplikasian kaedah ilmu pendidikan terhadap pengajaran mereka serta pelajar juga kurang menunjukkan minat dan sikap untuk menjadi seorang hafiz. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran yang digunakan oleh guru menurut persepsi pelajar, mengkaji permasalahan kaedah pengajaran guru di ITQSHHB serta menganalisis hubungan di antara kaedah pengajaran guru dengan sikap pelajar terhadap pembelajaran tahfiz al-Quran. Rekabentuk kajian merupakan kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan analisis kandungan. Soal selidik telah diedarkan kepada 150 orang pelajar dan 24 orang guru di ITQSHHB. Data-data soalselidik yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Windows 19.0. Hasil kajian mendapati kaedah tasmc dan kaedah ulangan menjadi kaedah yang sering dilakukan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran di ITQSHHB. Pengalaman guru serta prasarana yang wujud di ITQSHHB telah menjadi permasalahan kepada guru dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran dalam pembelajaran tahfiz al-Quran. Permasalahan kaedah pengajaran di ITQSHHB ini secara keseluruhannya bukan dipengaruhi oleh ikhtisas perguruan guru yang mana kebanyakannya tidak mempunyai sijil pendidikan secara persendirian tetapi pendekatan kaedah pengajaran Tahfiz al-Quran guru ini yang sangat mempengaruhi sikap pelajar di dalam kelas. Implikasi kajian mencadangkan diwujudkan pengaplikasian kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran yang teratur dan sistematik, bagi mewujudkan minat dan sikap pelajar hafiz yang positif terhadap pembelajaran tahfiz al-Quran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectTahfiz al-Quran
dc.subjectInstitut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah
dc.subjectKaedah pengajaran
dc.subjectSikap pelajar
dc.subjectPengajaran guru
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKaedah pengajaran dan pembelajaran Tahfiz al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam
dc.typetheses
dc.format.pages128
dc.identifier.barcode002559(2017)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84889+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
919.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.