Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459147
Title: | Konsep dan epistemologi sejarah Ibn al-Athir dalam al-kamil fi al-tarikh |
Authors: | Norsaeidah Jamaludin (P57391) |
Supervisor: | Azmul Fahimi Kamaruzaman, Dr. |
Keywords: | History-Methodology |
Issue Date: | 2-Sep-2013 |
Description: | Idea sejarah merupakan epistemologi bagi penulisan sesebuah historiografi. Epistemologi adalah penyelidikan untuk mengetahui sebab sesuatu peristiwa berlaku. Ibn al-Athir (630H/1232M) merupakan sejarawan yang didapati melaksanakan epistemologi tersebut dalam karyanya al-Kamil fi al-Tarikh. Beliau seorang sejarawan yang lahir sekitar abad ke 6-7H/12-13M di Mawsil, Jazirah Ibn cUmar dan hidup ketika pemerintahan Kerajaan Zanki. Karya al-Kamil merupakan karya sejarah dunia Islam yang menghimpunkan sejarah awal dunia sehingga tahun 628H/1230M. Bagaimanapun dari aspek historiografi, Ibn al-Athir dilihat menggunakan beberapa pendekatan seperti menghuraikan sejarah-sejarah utama Islam secara komprehensif bagi mengelakkan kelemahan pada maklumat sejarah dan mengikut urutan kronologi. Justeru, kajian ini bertujuan mendefinisikan konsep dan epistemologi sejarah Ibn al- Athir dalam al-Kamil fi al-Tarikh. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metode analisis dokumen bagi menganalisis kata pengantar dan struktur teks dalam karya tersebut. Metode pendekatan pensejarahan pula dilaksanakan ketika merujuk sumber berdasarkan kajian-kajian lepas yang menyentuh isu-isu dibincangkan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga aspek al-Kamil dalam historiografi Ibn al-Athir. Pertama, Ibn al-Athir menghubungkan aspek pengumpulan, pemilihan, penambahan dan penelitian bagi memastikan al-Kamil berfungsi dalam historiografinya. Kedua, Ibn al-Athir memperincikan epistemologi al-Kamil dengan membahagikan kepada dua genre sejarah iaitu universal dan kontemporari. Manakala aspek ketiga, Ibn al- Athir merujuk kepada tiga sumber autentik iaitu al-Quran, hadis dan karya sejarah al- Tabari iaitu Tarikh al-Rusul wa al-Muluk. Epistemologi sejarah Ibn al-Athir dilihat bertitik tolak daripada gabungan pengertian al-Kamil dan al-Tarikh. Gabungan ini kemudiannya menghasilkan sebuah karya sejarah komprehensif bercirikan pengajaran, kebenaran, kualiti dan universal. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan perbincangan pelbagai sudut historiografi dan epistemologi sejarah al- Kamil membantu mendapatkan satu perspektif bagi memahami falsafah sejarah Ibn al-Athir dalam al-Kamil.,Master / Sarjana |
Pages: | 110 |
Call Number: | D16.N647 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84558+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.