Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459147
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzmul Fahimi Kamaruzaman, Dr.
dc.contributor.authorNorsaeidah Jamaludin (P57391)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:44:50Z-
dc.date.available2023-09-13T07:44:50Z-
dc.date.issued2013-09-02
dc.identifier.otherukmvital:84558
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459147-
dc.descriptionIdea sejarah merupakan epistemologi bagi penulisan sesebuah historiografi. Epistemologi adalah penyelidikan untuk mengetahui sebab sesuatu peristiwa berlaku. Ibn al-Athir (630H/1232M) merupakan sejarawan yang didapati melaksanakan epistemologi tersebut dalam karyanya al-Kamil fi al-Tarikh. Beliau seorang sejarawan yang lahir sekitar abad ke 6-7H/12-13M di Mawsil, Jazirah Ibn cUmar dan hidup ketika pemerintahan Kerajaan Zanki. Karya al-Kamil merupakan karya sejarah dunia Islam yang menghimpunkan sejarah awal dunia sehingga tahun 628H/1230M. Bagaimanapun dari aspek historiografi, Ibn al-Athir dilihat menggunakan beberapa pendekatan seperti menghuraikan sejarah-sejarah utama Islam secara komprehensif bagi mengelakkan kelemahan pada maklumat sejarah dan mengikut urutan kronologi. Justeru, kajian ini bertujuan mendefinisikan konsep dan epistemologi sejarah Ibn al- Athir dalam al-Kamil fi al-Tarikh. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metode analisis dokumen bagi menganalisis kata pengantar dan struktur teks dalam karya tersebut. Metode pendekatan pensejarahan pula dilaksanakan ketika merujuk sumber berdasarkan kajian-kajian lepas yang menyentuh isu-isu dibincangkan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga aspek al-Kamil dalam historiografi Ibn al-Athir. Pertama, Ibn al-Athir menghubungkan aspek pengumpulan, pemilihan, penambahan dan penelitian bagi memastikan al-Kamil berfungsi dalam historiografinya. Kedua, Ibn al-Athir memperincikan epistemologi al-Kamil dengan membahagikan kepada dua genre sejarah iaitu universal dan kontemporari. Manakala aspek ketiga, Ibn al- Athir merujuk kepada tiga sumber autentik iaitu al-Quran, hadis dan karya sejarah al- Tabari iaitu Tarikh al-Rusul wa al-Muluk. Epistemologi sejarah Ibn al-Athir dilihat bertitik tolak daripada gabungan pengertian al-Kamil dan al-Tarikh. Gabungan ini kemudiannya menghasilkan sebuah karya sejarah komprehensif bercirikan pengajaran, kebenaran, kualiti dan universal. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan perbincangan pelbagai sudut historiografi dan epistemologi sejarah al- Kamil membantu mendapatkan satu perspektif bagi memahami falsafah sejarah Ibn al-Athir dalam al-Kamil.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHistory-Methodology
dc.titleKonsep dan epistemologi sejarah Ibn al-Athir dalam al-kamil fi al-tarikh
dc.typetheses
dc.format.pages110
dc.identifier.callnoD16.N647 2013
dc.identifier.barcode001931
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84558+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.