Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459113
Title: Pembuktian cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak
Authors: Ammar Badruddin Roml (P58319)
Supervisor: Che Maryam binti Ahmad
Keywords: Cerai taklik
Divorce. Religious aspects
Issue Date: 30-Aug-2015
Description: Terdapat perbezaan dalam penafsiran bayyinah sebagai kaedah pembuktian cerai taklik dalam enakmen dan arahan amalan sehingga membawa kepada penghakiman kes-kes cerai taklik yang tidak konsisten dan banyak kes tidak dapat diselesaikan dengan baik sehingga menyebabkan hak isteri terabai dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Justeru kajian ini dilakukan bagi mengetahui amalan pembuktian cerai taklik yang berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak. Bagi mencapai matlamat ini beberapa objektif digariskan iaitu mengkaji konsep cerai taklik dan pembuktiannya menurut pandangan fuqaha dan meneliti peruntukan mengenai tatacara dan kaedah pembuktian yang terdapat dalam Enakmen Keluarga Islam Perak, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Perak serta Arahan Amalan yang berkaitan dengannya. Objektif seterusnya ialah menganalisa kes-kes cerai taklik yang diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak sama ada dibuat secara konsisten selaras dengan kaedah pembuktian yang ditetapkan oleh syarak dan undang-undang sedia ada atau tidak. Sebahagian besar data dalam kajian ini dikumpulkan menggunakan metod analisa dokumen, manakala metod temu bual tidak berstruktur digunakan untuk melengkapkan pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa menggunakan metod deskriptif. Hasil kajian mendapati, di peringkat awal para hakim lebih memilih pandangan bahawa bayyinah adalah tertumpu pada keterangan saksi sahaja. Bagaimanapun perkembangan mutakhir menunjukkan amalan pembuktian yang lebih terbuka. Bayyinah ditafsirkan sebagai semua jenis keterangan. Ini dapat dilihat dalam keputusan mahkamah bagi kes cerai taklik di Mahkamah Syariah Ipoh Perak di mana hasilnya kes-kes telah diputuskan dengan lebih berkesan.,Master / Sarjana
Pages: 125
Call Number: BP158.D5A48 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84182+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.