Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459113
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChe Maryam binti Ahmad
dc.contributor.authorAmmar Badruddin Roml (P58319)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:43:32Z-
dc.date.available2023-09-13T07:43:32Z-
dc.date.issued2015-08-30
dc.identifier.otherukmvital:84182
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459113-
dc.descriptionTerdapat perbezaan dalam penafsiran bayyinah sebagai kaedah pembuktian cerai taklik dalam enakmen dan arahan amalan sehingga membawa kepada penghakiman kes-kes cerai taklik yang tidak konsisten dan banyak kes tidak dapat diselesaikan dengan baik sehingga menyebabkan hak isteri terabai dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Justeru kajian ini dilakukan bagi mengetahui amalan pembuktian cerai taklik yang berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak. Bagi mencapai matlamat ini beberapa objektif digariskan iaitu mengkaji konsep cerai taklik dan pembuktiannya menurut pandangan fuqaha dan meneliti peruntukan mengenai tatacara dan kaedah pembuktian yang terdapat dalam Enakmen Keluarga Islam Perak, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Perak serta Arahan Amalan yang berkaitan dengannya. Objektif seterusnya ialah menganalisa kes-kes cerai taklik yang diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak sama ada dibuat secara konsisten selaras dengan kaedah pembuktian yang ditetapkan oleh syarak dan undang-undang sedia ada atau tidak. Sebahagian besar data dalam kajian ini dikumpulkan menggunakan metod analisa dokumen, manakala metod temu bual tidak berstruktur digunakan untuk melengkapkan pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa menggunakan metod deskriptif. Hasil kajian mendapati, di peringkat awal para hakim lebih memilih pandangan bahawa bayyinah adalah tertumpu pada keterangan saksi sahaja. Bagaimanapun perkembangan mutakhir menunjukkan amalan pembuktian yang lebih terbuka. Bayyinah ditafsirkan sebagai semua jenis keterangan. Ini dapat dilihat dalam keputusan mahkamah bagi kes cerai taklik di Mahkamah Syariah Ipoh Perak di mana hasilnya kes-kes telah diputuskan dengan lebih berkesan.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectCerai taklik
dc.subjectDivorce. Religious aspects
dc.titlePembuktian cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak
dc.typetheses
dc.format.pages125
dc.identifier.callnoBP158.D5A48 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84182+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.