Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459095
Title: | Kemungkiran kontrak dan penyelesaiannya di dalam pembiayaan hutang di Institusi Kewangan Islam |
Authors: | Norwajia Umi Ismail (P56932) |
Supervisor: | Mat Noor Mat Zin, Dr. |
Keywords: | Hutang - Kewangan Islam Perbankan Breach of contract (Islamic law) |
Issue Date: | 11-Feb-2015 |
Description: | Permasalahan kemungkiran kontrak dalam pembiayaan hutang dilihat semakin meningkat sejajar dengan perkembangan pesat sistem kewangan Islam di Malaysia. Masalah mungkir yang sering berlaku dalam pembiayaan hutang antaranya ialah pelanggan mungkir dalam melunaskan hutang. Hal ini menyebabkan institusi-institusi perbankan sentiasa meneliti dan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk menangani permasalahan ini. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah menganalisis kaedah penyelesaian masalah kemungkiran dalam pembiayaan hutang. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji asas penilaian sesuatu kemungkiran kontrak dalam pembiayaan hutang menurut Islam dan kewujudan kaedah-kaedah lain selain ganti rugi untuk membantu institusi kewangan Islam menangani masalah kemungkiran ini. Rekabentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual separa struktur terhadap dua orang pegawai syariah daripada institusi perbankan dan dua orang pakar kewangan Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian ini mendapati kaedah ganti rugi dan denda adalah kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan bank. Kaedah ini juga didapati sedikit sebanyak mampu mengurangkan masalah mungkir dalam membayar hutang dalam kalangan penghutang namun masih memerlukan pengukuhan dengan adanya satu garis panduan kepada penghutang terhadap cara menangani masalah apabila lewat membayar hutang. Kaedah pembiayaan semula dan ibra' pula boleh dianggap sebagai suatu alternatif yang boleh digunakan penghutang bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang disebabkan kemungkiran kontrak ini. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan agar pihak perbankan Islam membuat penilaian semula kaedah-kaedah yang digunakan dalam kes kemungkiran secara berperingkat agar keberkesanan pelaksanaannya sesuai dalam menangani cabaran yang mendatang.,Master / Sarjana |
Pages: | 134 |
Call Number: | BP158.B7N645 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84154+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.