Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459095
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMat Noor Mat Zin, Dr.
dc.contributor.authorNorwajia Umi Ismail (P56932)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:42:52Z-
dc.date.available2023-09-13T07:42:52Z-
dc.date.issued2015-02-11
dc.identifier.otherukmvital:84154
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459095-
dc.descriptionPermasalahan kemungkiran kontrak dalam pembiayaan hutang dilihat semakin meningkat sejajar dengan perkembangan pesat sistem kewangan Islam di Malaysia. Masalah mungkir yang sering berlaku dalam pembiayaan hutang antaranya ialah pelanggan mungkir dalam melunaskan hutang. Hal ini menyebabkan institusi-institusi perbankan sentiasa meneliti dan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk menangani permasalahan ini. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah menganalisis kaedah penyelesaian masalah kemungkiran dalam pembiayaan hutang. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji asas penilaian sesuatu kemungkiran kontrak dalam pembiayaan hutang menurut Islam dan kewujudan kaedah-kaedah lain selain ganti rugi untuk membantu institusi kewangan Islam menangani masalah kemungkiran ini. Rekabentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual separa struktur terhadap dua orang pegawai syariah daripada institusi perbankan dan dua orang pakar kewangan Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian ini mendapati kaedah ganti rugi dan denda adalah kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan bank. Kaedah ini juga didapati sedikit sebanyak mampu mengurangkan masalah mungkir dalam membayar hutang dalam kalangan penghutang namun masih memerlukan pengukuhan dengan adanya satu garis panduan kepada penghutang terhadap cara menangani masalah apabila lewat membayar hutang. Kaedah pembiayaan semula dan ibra' pula boleh dianggap sebagai suatu alternatif yang boleh digunakan penghutang bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang disebabkan kemungkiran kontrak ini. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan agar pihak perbankan Islam membuat penilaian semula kaedah-kaedah yang digunakan dalam kes kemungkiran secara berperingkat agar keberkesanan pelaksanaannya sesuai dalam menangani cabaran yang mendatang.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHutang - Kewangan Islam
dc.subjectPerbankan
dc.subjectBreach of contract (Islamic law)
dc.titleKemungkiran kontrak dan penyelesaiannya di dalam pembiayaan hutang di Institusi Kewangan Islam
dc.typetheses
dc.format.pages134
dc.identifier.callnoBP158.B7N645 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84154+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.