Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459043
Title: | Al-Maqāsid al-Qur’āniyyah antara Ibn al-cArabī dan Ibn cAshūr kajian analisis perbandingan |
Authors: | Aisha Abdulmalek Mohammed Saad (P73468) |
Supervisor: | Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr. |
Keywords: | al-Maqāsid al-Qur’āniyyah Tafsir Ibn al-cArabī Ibn cAshūr Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Dec-2015 |
Description: | al-Maqāsid al-Qur’āniyyah merupakan satu topik yang penting dalam ilmu al-Tafsīr dan CUlūm al-Qurān. Namun ulamak klasik dan kontemporari memberi perhatian berbeza mengenai al-Maqāsid al-Qur’āniyyah. Permasalahan kajian mendapati tiada kajian mengenai pandangan ulamak klasik dan kontemporari mengenai al-Maqāsid ini walaupun secara umum. Hanya Ibn al-CArabī dan Ibn CĀshūr yang telah menjelaskan dalam bentuk khusus dan mendedahkan hakikat kaitan latar belakang dan hubungan mereka dalam membentuk kematangan ilmu mereka. Kajian ini bertujuan untuk mendefinisi al-Maqāsid al-Qur’āniyyah, dan mengkaji kaedah pentafsiran yang diguna pakai oleh beberapa mufassir (ahli tafsir) dan ulamak pada tafsir mereka. Tambahan lagi, pengumpulan data daripada fakta asas yang mempunyai kaitan dengan al-Maqāsid al-Qur’āniyyah oleh Ibn Ibn al-cArabī dalam bentuk klasik dan Ibn al-CArabī dalam bentuk kontemporari. Untuk mencapai matlamat ini, proses perbandingan di antara pandangan Ibn Ibn al-CArabī dan Ibn CĀshūr pada pendekatan Maqāsid al-Qur’āniyyah dalam tafsir mereka terutamanya dalam Ahkām al-Qur’ān dan al-Tahrīr wa al-Tanwīr. Kajian ini menggunakan metode deskriptif untuk menyelidik dalam kajian ini. Metode kajian sejarah digunakan untuk mengkaji latar belakang, pengaruh dan persekitaran dan tafsir mereka. Metode perbandingan digunakan untuk membanding kedua-dua mereka dari sudut susun kata dan sifat tafsir mereka dalam pendekatan al-Maqāsid al-Qur’āniyyah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa majoriti definisi al-Maqāsid al-Qur’āniyyah menitikberatkan fakta yang mewakili kehendak Allah dalam hukum-hakam dan tujuan pensyariatan serta tujuan diturunkan al-Quran semata-mata untuk maslahah manusia. Ulamak silam menyebut secara umum mengenai Maqāsid al-Qur’ān ketika mentafsir ayat-ayat al-Quran atau dalam perbincangan mereka manakala ulamak kontemporari menyebut dengan lebih terperinci. Kajian ini juga mendedahkan bahawa Ibn Ibn al-cArabī dan Ibn CĀshūr terkenal dengan kehebatan dalam menyatakan pandangan dalam tafsir mereka serta pendekatan objektif yang tepat. Kadang-kadang metode yang mereka gunakan konsisten dan kadang-kadang bertentangan antara satu sama lain disebabkan perbezaan masa dan zaman yang mereka hidup tanpa mengurangkan kualiti pandangan dan metode yang digunakan. Kesimpulannya, Ibn Ibn al-cArabī tidak melakukannya ke atas semua ayat-ayat al-Quran sementara Ibn CĀshūr melakukan penjelasan Maqāsid al-Qur’ān al-Karīm dan juga rumusan dengan makna yang lebih mendalam dan frasa yang jelas sementara Ibn Ibn al-cArabī memberikan fokus ke atas Ayāt Ahkām (ayat-ayat hukum) dan apa yang terkandung di dalamnya. Implikasi kajian ini menunjukkan nilai keilmuan mereka dan kelebihan mereka telah memperkayakan ilmu al-Tafsir dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Justeru, perbandingan ini menunjukkan keunggulan al-Qur'an dan keunikan ilmu ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 130 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83703+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 673.53 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.