Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459043
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Aisha Abdulmalek Mohammed Saad (P73468) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:41:00Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:41:00Z | - |
dc.date.issued | 2015-12-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83703 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459043 | - |
dc.description | al-Maqāsid al-Qur’āniyyah merupakan satu topik yang penting dalam ilmu al-Tafsīr dan CUlūm al-Qurān. Namun ulamak klasik dan kontemporari memberi perhatian berbeza mengenai al-Maqāsid al-Qur’āniyyah. Permasalahan kajian mendapati tiada kajian mengenai pandangan ulamak klasik dan kontemporari mengenai al-Maqāsid ini walaupun secara umum. Hanya Ibn al-CArabī dan Ibn CĀshūr yang telah menjelaskan dalam bentuk khusus dan mendedahkan hakikat kaitan latar belakang dan hubungan mereka dalam membentuk kematangan ilmu mereka. Kajian ini bertujuan untuk mendefinisi al-Maqāsid al-Qur’āniyyah, dan mengkaji kaedah pentafsiran yang diguna pakai oleh beberapa mufassir (ahli tafsir) dan ulamak pada tafsir mereka. Tambahan lagi, pengumpulan data daripada fakta asas yang mempunyai kaitan dengan al-Maqāsid al-Qur’āniyyah oleh Ibn Ibn al-cArabī dalam bentuk klasik dan Ibn al-CArabī dalam bentuk kontemporari. Untuk mencapai matlamat ini, proses perbandingan di antara pandangan Ibn Ibn al-CArabī dan Ibn CĀshūr pada pendekatan Maqāsid al-Qur’āniyyah dalam tafsir mereka terutamanya dalam Ahkām al-Qur’ān dan al-Tahrīr wa al-Tanwīr. Kajian ini menggunakan metode deskriptif untuk menyelidik dalam kajian ini. Metode kajian sejarah digunakan untuk mengkaji latar belakang, pengaruh dan persekitaran dan tafsir mereka. Metode perbandingan digunakan untuk membanding kedua-dua mereka dari sudut susun kata dan sifat tafsir mereka dalam pendekatan al-Maqāsid al-Qur’āniyyah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa majoriti definisi al-Maqāsid al-Qur’āniyyah menitikberatkan fakta yang mewakili kehendak Allah dalam hukum-hakam dan tujuan pensyariatan serta tujuan diturunkan al-Quran semata-mata untuk maslahah manusia. Ulamak silam menyebut secara umum mengenai Maqāsid al-Qur’ān ketika mentafsir ayat-ayat al-Quran atau dalam perbincangan mereka manakala ulamak kontemporari menyebut dengan lebih terperinci. Kajian ini juga mendedahkan bahawa Ibn Ibn al-cArabī dan Ibn CĀshūr terkenal dengan kehebatan dalam menyatakan pandangan dalam tafsir mereka serta pendekatan objektif yang tepat. Kadang-kadang metode yang mereka gunakan konsisten dan kadang-kadang bertentangan antara satu sama lain disebabkan perbezaan masa dan zaman yang mereka hidup tanpa mengurangkan kualiti pandangan dan metode yang digunakan. Kesimpulannya, Ibn Ibn al-cArabī tidak melakukannya ke atas semua ayat-ayat al-Quran sementara Ibn CĀshūr melakukan penjelasan Maqāsid al-Qur’ān al-Karīm dan juga rumusan dengan makna yang lebih mendalam dan frasa yang jelas sementara Ibn Ibn al-cArabī memberikan fokus ke atas Ayāt Ahkām (ayat-ayat hukum) dan apa yang terkandung di dalamnya. Implikasi kajian ini menunjukkan nilai keilmuan mereka dan kelebihan mereka telah memperkayakan ilmu al-Tafsir dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Justeru, perbandingan ini menunjukkan keunggulan al-Qur'an dan keunikan ilmu ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | ara | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | al-Maqāsid al-Qur’āniyyah | - |
dc.subject | Tafsir | - |
dc.subject | Ibn al-cArabī | - |
dc.subject | Ibn cAshūr | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Al-Maqāsid al-Qur’āniyyah antara Ibn al-cArabī dan Ibn cAshūr kajian analisis perbandingan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 130 | - |
dc.identifier.barcode | 002438(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83703+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 673.53 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.