Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459007
Title: Metodologi qira'at dalam kitab Zahrat al-Tafasir
Authors: Mohd Hafizuddin Mohd Pauzi (P59548)
Supervisor: Sabri Mohamad, Dr.
Keywords: Qira'at
Kitab Zahrat al-Tafasir
Imam Abu Zahrah
Karya tafsir
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Jul-2016
Description: Kitab Zahrat al-Tafasir karya Imam Abu Zahrah antara karya tafsir yang terkenal memberi penumpuan kepada peranan qira'at. Perbahasan qira'at dalam kitab ini bukan hanya tertumpu kepada qira'at mutawatirah sahaja akan tetapi turut memberi penumpuan kepada qira'at shadhdhah. Walaupun Imam Abu Zahrah dilihat mempunyai pendekatan yang tersendiri apabila mengketengahkan pelbagai gaya bacaan qira'at dalam karya tersebut, namun belum ada lagi kajian khusus dilakukan terhadap metode qira'at dalam kitab tersebut. Pada sesetengah perbahasan qira'at terdapat kekeliruan yang berlaku seperti kesalahan takhrij qira'at. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti metode yang digunakan oleh Imam Abu Zahrah dalam menukilkan qira'at serta menganalisa qira'at yang dinyatakan dalam Zahrat al-Tafasir. Kajian ini bersifat kualitatif, kandungan data-data yang diperolehi dianalisa dengan kaedah induktif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa metode qira'at yang digunakan oleh Abu Zahrah terbahagi kepada tiga iaitu metode umum, qira'at yang dinyatakan status dan penisbahan qira'at. Kajian juga mendapati kekeliruan qira'at yang berlaku terbahagi kepada empat iaitu penjelasan yang tidak menyeluruh, penisbahan yang tidak menyeluruh, kesalahan mengklasifikasikan qira'at dan perbezaan penjelasan Abu Zahrah dengan kitab rujukan beliau. Sumbangan kajian ialah mengemukakan pendekatan Abu Zahrah dalam Zahrat al-Tafasir mengenai qira'at dan menghuraikan kekeliruan qira'at yang terdapat dalam kitab tersebut. Implikasi kajian ialah dapat menjaga dan memelihara ketepatan riwayat qira'at dan menjawab permasalahan yang timbul ketika berinteraksi dengan riwayat qira'at di dalam Zahrat al-Tafasir.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 104
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83287+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
391.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.