Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459007
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohamad, Dr.
dc.contributor.authorMohd Hafizuddin Mohd Pauzi (P59548)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:39:41Z-
dc.date.available2023-09-13T07:39:41Z-
dc.date.issued2016-07-19
dc.identifier.otherukmvital:83287
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459007-
dc.descriptionKitab Zahrat al-Tafasir karya Imam Abu Zahrah antara karya tafsir yang terkenal memberi penumpuan kepada peranan qira'at. Perbahasan qira'at dalam kitab ini bukan hanya tertumpu kepada qira'at mutawatirah sahaja akan tetapi turut memberi penumpuan kepada qira'at shadhdhah. Walaupun Imam Abu Zahrah dilihat mempunyai pendekatan yang tersendiri apabila mengketengahkan pelbagai gaya bacaan qira'at dalam karya tersebut, namun belum ada lagi kajian khusus dilakukan terhadap metode qira'at dalam kitab tersebut. Pada sesetengah perbahasan qira'at terdapat kekeliruan yang berlaku seperti kesalahan takhrij qira'at. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti metode yang digunakan oleh Imam Abu Zahrah dalam menukilkan qira'at serta menganalisa qira'at yang dinyatakan dalam Zahrat al-Tafasir. Kajian ini bersifat kualitatif, kandungan data-data yang diperolehi dianalisa dengan kaedah induktif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa metode qira'at yang digunakan oleh Abu Zahrah terbahagi kepada tiga iaitu metode umum, qira'at yang dinyatakan status dan penisbahan qira'at. Kajian juga mendapati kekeliruan qira'at yang berlaku terbahagi kepada empat iaitu penjelasan yang tidak menyeluruh, penisbahan yang tidak menyeluruh, kesalahan mengklasifikasikan qira'at dan perbezaan penjelasan Abu Zahrah dengan kitab rujukan beliau. Sumbangan kajian ialah mengemukakan pendekatan Abu Zahrah dalam Zahrat al-Tafasir mengenai qira'at dan menghuraikan kekeliruan qira'at yang terdapat dalam kitab tersebut. Implikasi kajian ialah dapat menjaga dan memelihara ketepatan riwayat qira'at dan menjawab permasalahan yang timbul ketika berinteraksi dengan riwayat qira'at di dalam Zahrat al-Tafasir.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectQira'at
dc.subjectKitab Zahrat al-Tafasir
dc.subjectImam Abu Zahrah
dc.subjectKarya tafsir
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMetodologi qira'at dalam kitab Zahrat al-Tafasir
dc.typetheses
dc.format.pages104
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83287+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
391.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.